1 June 2012
Tempahan
Cuppies hantaran tema oren & hitam tempahan dari kazen, Maya untuk perkahwinan adik beliau Hanim. Terima kasih Maya & tahniah Hanim, semoga kekal bahagia hingga keanak cucu..
Tempahan
Setelah hampir 3 bulan tak bersiaran kerana berpantang anak ke-4, ini lah kek tempahan saya yang pertama, 2 biji kek coklat moist. Tempahan nie datangnya dari Moksu, Tmn melati untuk buat makan-makan sempena perkahwinan anak beliau esok. Terima kasih yer Moksu, harap berpuashati.
Pada mulanya saya enggan terima sebarang tempahan sejak ada komitmen dengan sikecil nie tapi selepas puas dipujuk Moksu, saya terima jugak demi Moksu..heheheh. Asalnya moksu nak order 10 bijik tp takut tak terbuat, saya cuma buat 2 biji untuk beliau. Ada rezeki, lain kali boleh order lagi dengan saya yer...terima kasih sekali lagi dan tahniah kerana dapat menantu baru.
3 March 2012
Tempahan
Kek Red Velvet 1.5kg tempahan kedua dari Nabilah, neber depan umah. Nak celebrate birthday mama katanya...TQ Nabilah.
baru lepas coating ngan fresh cream...
taraaaaa.....bubuh lak choc ganache atas nya.....mmmmm...yummmy
Death by Chocolate Cake ni tempahan dari mak untuk surprise birthday party cucu kawan mak, aunty Midah...
Ini lah 2 biji kek terakhir yang sempat saya buat sebelum bercuti panjang kerana bersalin. Pada yang ingin dan telah menempah sebelum ini, saya mintak maaf banyak2 kerana x dapat memenuhi permintaan anda. InsyaAllah, jika keadaan mengizinkan saya akan kembali mengambil tempahan setelah tamat tempoh berpantang.
23 February 2012
Kek hantaran
Kek coklat moist dengan tema MU....hantaran dari pihak perempuan.
Cuppies hantaran rona kuning...hantaran dari pihak lelaki.
Sebiji kek dan 16pcs cuppies yang ditempah oleh Odah & Jijie sempena hari persandingan mereka yang bakal berlangsung pada 25 Februari 2012.
Tahniah dari Tatrah Homedelight & semoga bahagia dan kekal selamanya....
20 February 2012
announcement
Memandangkan saya akan bercuti rehat kerana bersalin tak lama lagi, segala tempahan ditutup mulai 1 Mac 2012 sehingga diberitahu kelak.
Sekian, Harap Maklum.
Sekian, Harap Maklum.
11 February 2012
Congo Bar
Baru kuar oven.....
selepas dipotong..
Congo Bar...orang lain dah lama buat tapi kita baru nak menerai....hihiihi...
Buatnya taklah susah mana pun, bahan2 pun senang. Lom penah rasa sebelom nie, so I don't know how exactly the taste like!...but mine taste a bit chewy but crunchy in outside....camtu kot rasa congo bar nih!!
Apapun mmg sedap ditambah dengan kombinasi coklat cip & kacang badam....mmmm marvelous!!
Jom kita intai resepi yang saya terjah dari blog Kak Nor Secubit Garam....mintak halal yer K.Nor..
Sumber : Rima
Rujukan : Kak Nor Secubit Garam
Bahan-bahan :
315g tepung serbaguna
2 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
150g butter (softened)
275g brown sugar ( resepi asal 453g)
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
326g choc chips ( saya guna 1 cawan)
1 cup pecan/walnut/almond ( saya guna badam hancur)
1. Tepung + baking powder + garam - diayak bersama, ketepikan.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter & gula perang hingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
4. Tambah esen vanila.
5. Masukkan tepung yg telah diayak tadi - gaul sebati.
6. Masukkan coklat chips dan kacang badam dan gaul rata.
7. Glis loyang 10x10 dengan butter dan alaskan dengan baking sheet. ( untuk lebih tebal guna loyang 9x9)
8. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170'c selama 30 minit atau hingga kuning keperangan. (suhu bergantung pada oven memasing yer...saya guna 150'c sahaja)
Selamat Mencuba.......
2 February 2012
Black & White Italian Cheese Cake
selepas dicurah coklat ganache....
letak pulak ceri sebagai penyeri hiasan....heheheheh
selepas dipotong....alamak kurang cantek lar coraknya!!
akhirnya...inilah hasilnya, kek yang dok tertangguh nak membuatnya...
Italian Black & White Cheese Cake....glamer sungguh nama kek nih. Dok intai kengkawan yg berlumba2 buat kek nih sampai saya teruja nak try buat jugak. Tapi dalam hati tak yakin nak buat sebab x tau cara nak dapatkan corak kt dalam tu....
At last, lepas join demo class kelolaan Chef Zubaidah tak lama dulu, baru ada sedikit keyakinan nak mulakan projek ciskek ni tu pun setelah tertangguh lebih 2 bulan....Terima kasih chef atas tunjuk ajar yang diberikan.
Kek ni memang sedap tapi agak muak juga kalau nak makan lebih dari 1 slice...makumlah, kombinasi coklat & cheese....badan pun bole naik gebussss!!!hehehehhe....Apapun terpulang pada masing2, tepuk dada tanya selera......
Subscribe to:
Posts (Atom)






