Seasonal Fruit Bread Pudding...panjang sungguh nama manisan nie tapi x kisah lah yang penting SEDAP!!...hhehehhehe...Dessert kali ni adalah hasil terjah dari blogger tersohor masakini sape lagi kalau bukan cik Azlita kita dari Masam Manis...
Teruja sungguh dengan kejadian puding dari Ita membuat kan hati saya meruntun2 nak cuba ....dan ini lah hasilnyer ( walaupun rupa x secantik empunya resepi tapi cukup membuat seluruh keluarga tersenyum menikmatinya....hiihihiih). Terima kasih cik Ita atas resepi puding yang mudah dan sedp nih...memang sesuai untuk melayan tekak ketika berbuka nanti.
baru kuar oven.....panas lagiiii...
setelah diterbalikkan....mmmmm...yummy!!
yang ni saya punyer tauuuu......heheheh
Jom semak resepi yang saya copy n paste dari blog Azlita Masam Manis...
SEASONAL FRUIT BREAD PUDDING
Mula-mula kita sediakan karamel dahulu
1/4 cawan
gula pasir
1/4 cawan air panas
Hanguskan gula sehingga keperangan dan
masukkan air panas.
Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan
pada loyang/bekas yang besesuaian.
Biarkan seketika.
Puding
6 keping roti sandwic ~ di buang tepinya yang
keras
1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
1/2 cawan double cream
(saya gantikan dengan thickened cream)1/4
cawan susu pekat ~ ita gantikan gula dengan susu pekat
1 sk esen vanilla
1
biji lemon parut kulitnya sahaja
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan
sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
10-15
Raspberries ~ potong dadu
10 Cherries ~ potong dadu
10-15 Blueberry ~ potong dadu
- saya gantikan dengan fruit koktel
chocolate
chips
Panaskan susu, agak-agak suam aje.
Kemudian satukan susu,
roti, susu pekat, esen vanila dan kisar dalam blender hingga hancur dan sebati.
Kemudian masukkan dauble cream dan kacau rata.
Kemudian disatukan dengan
telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
Kemudian masukkan buah-buahan
yang telah di dadu tadi
Tuangkan ke dalam loyang berisi karamel
tadi.
Taburkan coklat chip di atasnya.
Sediakan loyang/bekas yang agak
besar dan berisi air panas.
Kemudian letak loyang puding tadi di
tengah-tengahnya.
Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak
keperangan.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum
diterbalikkan.
Hidangkan sebagai pelengkap sajian bersama ice cream,
buah-buahan atau sos caramel.
Cuma saya tak ikut bulat2 resepi diatas kerana kekurangan bahan2 tertentu seperti double cream, hirisan kulit lemon. Saya juga gantikan buah-buahan berries dengan fruit koktel (itu jew yg senang dapat kt pasaraya...hihihhi) tapi saya gerenti rasanyer tetap marveloussss....jom try buat.