22 February 2014

CHEEZY BALL

Kudapan yang kian popular di facebook....bebola cheese atau nama glamour : Cheezy Ball...:)    Sana-sini ramai yang buat dan menarik perhatian saya untuk mencuba jugak. Dan ini lah hasilnya...




CHEEZY BALL
Sumber resepi : Kak Chaq

350g ubi kentang (saya guna 5 biji - rebus dgn sedikit garam, tos dan dilecek halus)
250g tepung gandum ( saya agak2 jer )
5 biji telur ( saya guna 2 biji - pukul sedikit)
sedikit serbuk lada
250g kraft cheddar cheese (potong dadu)
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya


1. Gaul sebati kentang dan tepung. Bubuh sedikit serbuk lada.
2. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli dan masukkan keju yang dipotong dadu tadi.
3. Gaul dengan serbuk roti, celup dgn telur dan salut lagi dgn serbuk roti.
4. Goreng hingga kuning keemasan.


SHERPERD PIE

N3 yang tertangguh....Sheperd pie. Rasanya dah kali ke-3 saya buat sebab anak-anak suka sangat. Resepi pernah saya update sebelum nie. Kali ini sekadar tontonan sahaja...hehehehe




CHICKEN PIE

Lagi entry lama....buat bulan november 2013 arituh tapi baru berkesempatan  update kat blog. Sabo jer lah....huhuhuhu



Menggunakan puff pastry jenama Kawan....mudah jer nak buat. Intinya ikut suka...nak buat kari ayam, sardin, sambal....terpulang selera masing2 . Cara saya : Isi ayam potong kecil dan ditumis dengan sedikit halia dan bawang putih hingga naik bau. Bubuh cendawan, sos tiram dan garam. Siap...

Menggunakan acuan tart bersaiz 5.5 cm, canai sedikit kulit pastry tadi ( pastikan kulit tu lembut pada suhu bilik kalo idak retak seribu nanti..huhuhu) dan tekan kedalam acuan tadi perlahan2. Masukkan inti dan tutup lagi dengan sekeping pastry. Kelim bahagian tepi menggunakan garfu. Lubangkan sedikit dibahagian atas dengan pisau dan sapu kuning telur diatasnya. Bakar selama 25-30 minit mengikut suhu oven masing2 .


Chicken pie yang telah siap dibakar. Tersengih lah pulak pasal tak kelim betul2 tadi....huhuhuhu

MARBLE CHEESE NUTELLA CAKE

Lama tak mencuba resepi-resepi kek yang baru. Banyak resepi yang dah terkumpul cuma masa jer yang takder...sibuk main kejar2 ngan si bongsu yang nak masuk 2 tahun mac 2013 nanti. 

Tapi bila terjumpa satu resepi kek ni nampak menarik la pulak sebab menggunakan nutella....favourite anak2 saya. 


KEK BUTTER MARBLE NUTELLA CHEESECAKE
Resepi : Rohaimi Ahmad 
Sumber : FB


Bahan -bahan :

150g butter
200g creamcheese
200g gula halus (blend)
4 biji telur ayam
250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
100ml susu cair
2 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar nutella
1/2 sudu teh nescafe


  1.  Putar gula , butter dan cheese hingga kembang.
  2.  Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  3.  Masuk tepung dan baking powder serta esen vanilla. Putar lagi.
  4.  Akhir sekali, masukkan susu cair dan putar lagi hingga sebati.
  5.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian . 1 bhgn asal & 1 bhgn lagi ditambah 2 sb koko, nutella & nescafe.
  6. Menggunakan loyang 4 segi bersaiz 8 inci, paipkan adunan secara berselang seli. Buat hingga menjadi 4 lapisan. (saya menggunakan loyang 9" dan hanya dapat 3 lapisan)
  7.  Hentakkan loyang sekali dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 180'c (suhu bergantung oven masing2)








Birthday Cake for Zarif


28.11.2013 yang lalu genap 7 tahun umur sibujang tecik saya..Muhammad Zarif Kaswari. Dia mintak kek yang sedap tp mesti yg ada coklat sebab dia tak suka kek yang ada banyak cream dan cheese. Cerewet jugak budak ni tau....









 Inilah kek surprise untuk sibujang....Black & White Italian Cheesecake. Tapi macam biasalah budak2 nih...mintak beria2 makan sepotong dua jew. Takperlah janji tertunai hasrat dihati...:))


Tempahan

Lama tak dapat update blog lantaran kesuntukan masa dan masalah pc. Alhamdulillah masalah PC dah selesai itu pun setelah hampir 4 bulan  tergendala.. Jenuh jugak lah nak update satu satu....phewww!!...

Dipendekkan cerita, ini lah antara tempahan yang diterima penghujung tahun 2013 yang lalu...



25.12.2013
Red Velvet...hadiah christmas buat jiran lama, Mdm Ruby


26.12.2013
Apam polkadot & mini pavlova...tempahan dari rakan yang tak jemu2 mengorder...Nur Qaseh. TQ beb...:)

27.12.2013
Mini pavlova lagi dari neber yang juga regular customer untuk pavlova ini....TQ Liza







17 November 2013

Roti dan Breadmaker

Assalamualaikum semua....

Sejak kebelakangan ni malas tul nak update blog, nape ntah...Tidak seperti biasa, ada saja resepi baru cepat2 nak boh N3. Penat menguruskan rumahtangga kot!..huhuhuhu
Ini pun saya gagahkan jugak sebab dah janji ngan kengkawan nak share resepi roti yang saya buat baru-baru ini. Sebenarnya minat nak meroti semula nie timbul selepas terjebak beli mesin breadmaker baru-baru nih.

Mula-mula saya join Kelab Roti kt fb. Masa tu BM brand Tesco tengah buat promosi dengan harga RM199 (harga sebenar RM299.00). Masing2 dok tayang mesin yang baru diorang beli. Sudah rezeki saya, dapat sambar sebiji beberapa hari sebelum promosi berakhir...Alhamdulillah.

Benda dah ada kat tangan, maka makin galak lah saya meroti. Dulu uli pakai tangan jer, dekat 40 minit...lenguh ler jugak...huhuhuhu. Sekarang sume hujung jari...hanya tekan  setting button yang berkenaan, sampai masa siap..mudah kan!



my new kitchen toy....



upacara perasmian...hehehehe

Roti pertama yang dihasilkan ialah roti loaf atau roti benggali...Mudah sangat buat roti loaf nih...campak semua bahan kedalam mesin, tekan program 'Basic'' dan mesin akan menguli, memerap dan membakar. Mengambil masa 2 jam 53 minit.



Roti bun ni pulak saya bakar menggunakan oven tapi BM yang menjalankan kerja2 menguli..


Bukan saja meroti tapi juga mendonat, buat pau dan macam2  lagi ikut kreativi masing2...




Saya menggunakan resepi asas roti yang saya ambil dari Kelab Roti dan saya sharekan disini :


Sumber : Kelab Roti
Resepi by : Pn Liza Othman


500g tepung roti (High protein) - atau gandingan 400g tepung roti+100g tepung gandum
100g gula castor
40g susu tepung
1 st bread improver
11gm yeast
1 biji telur + air sejuk =jadikan 265g (telur dipukul sedikit)
80g butter
1 st bread softener (saya abaikan)


Cara manual ( uli menggunakan tangan)

1. Campur bahan kering dan masuk bahan cecair.
2. Uli sebatikan dan masukkan butter. Uli lagi hingga doh licin dan elastik.
3. Perap 30 minit. Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
4. Bentukkan dan perap lagi hingga naik 2x ganda.
5. Bakar suhu 180'c selama 25 minit ( perlu diingatkan suhu bergantung pada oven masing2 yer)


Cara Breadmaker :

1. Masuk semua bahan, dimulai bahan cecair dahulu, diikuti bahan kering dan akhir sekali yis dibahagian atas. Tekan setting button yang sesuai ( boleh rujuk pada buku manual).

2. Untuk pembakaran melalui oven, keluarkan doh setelah selesai proses dari BM, bentukkan dan biar doh mengembang sekejap dalam 20 minit. Sedia untuk dibakar.