1 March 2014
TEMPAHAN
28.2.2014 - Sebijik kek coklat moist & fruits tart repeat order dari En.Farizz....TQ
1.3.2014 - Chocolate Indulgence...tempahan dari Azah Ahmad. Alhamdulillah, customer berpuashati....terima kasih.
23 February 2014
TEMPAHAN
Salam semua...Setelah mengemaskini entry yang lama tak update, rupa2nya ada lagi ada lagi entry lama yang tertinggal untuk diupdate. Inilah jadinya kalau buat kerja bertangguh, emua jadi kelamkabut....huhuhuhu
13.12.2014 - Sebijik red velvet saiz 9 inci tempahan dari rakan, Intan Saodah untuk sahabat vokay....terima kasih Odah..:)
TEMPAHAN
Tempahan lagi...
8.2.2014 - Choc cheese indulgence tempahan dari Nisa...TQ
11.2.2014 - Customer whatsapp nak kek tiramisu beserta gamba kek contoh. Oleh kerana tak baca mesej betul2 saya buat kek tiramisu yang biasa...tabur serbuk koko dan letak choc board seperti gamba diatas. Customer reject ...mintak digantikan dengan logo arsenal, team favourite anak bujang beliau. Tak nak menghampakan customer, berusaha carik EI arsenal....alhamdulillah dapat jugak kt bakery. Dan inilah hasilya setelah transformasi.....
Harap customer berpuas hati...segala kesulitan amatlah dikesali.
18.2.2014 - Tempahan dari anak dara saya...hehehehe. Mintak dibuatkan sebijik kek untuk menjamu kawan2. Maka terhasil lah Brownies Kukus Lapis Cheese @ Steamed brownies. Lama jugak tak buat brownies nih....hampir 3 tahun jugak lah....huhuhuhu. 1 loyang 7 inci untuk anak dara dan sebjik loyang loaf pan untuk makan sendiri...jadik ler....hehehehe
APPLE PIE
Masih menggunakan puff pastry segera jenama Kawan, kali nie saya buat epal pai ala2 McD gitu.... Resepi hasil godek dari blog Cik Mat Gebu. Simple sangat tapi sedap.....
PAI EPAL
Sumber resepi : Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHAN :
2 biji epal hijau
1 genggam cranberry kering atau kismis ( saya omit sebab takder stok)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung *
2 camca besar air * (bahan * disatukan dan kacau rata)
2 camca besar mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
secubit garam
8-10 keping puff pastry jenama KAWAN (4x4 inci)
1 kuning telur untuk glis
CARA MEMBUATNYA :
1. Kupas kulit epal dan belah enam. Potong dadu dan rendam dalam air.
2. Panaskan mentega, masukkan epal tadi. Goreng hingga layu.
3. Masukkan kismis, gula perang, garam dan serbuk kulit kayu manis. Masak hingga epal lembut.
4. Tambah jus lemon dan gaul rata.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung kacau rata dan biar pekat. Sejukkan inti dan ketepikan.
PUFF PASTRY :
1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 (pastikan satu bahagian besar sedikit). Kelar2 kan (rujuk gambar diatas ataupun boleh rujuk blog CMG untuk tutorial)
2. Sudukan 2 camca teh inti pai keatas bahagian satu lagi & tutup dengan bahagian yg berkelar tadi.
3. Kemaskan tepi2 nya dengan cara menekan guna garfu.
4. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190'c selama 25 minit (suhu bergantung oven masing2)
ROTI LAPIS DAGING
Ala-ala lasagna tapi menggunakan roti disetiap lapisan. Sedap jugak!..meh semak resepi....
ROTI LAPIS DAGING
Sumber resepi : Maizura
INTI DAGING
500g daging cincang
2 biji kentang (potong dadu)
3 ulas bawang putih ( cincang)
1 labu bawang besar ( di dadu halus)
1 sb cili kisar + 1 sb serbuk kari
garam
1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan serbuk cili, serbuk kari dan sedikit garam. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan daging. Tambah air untuk melembutkan kentang.
4. Masak hingga kentang lembut & kering kuah.
ROTI
12-14 keping roti gardenia
500ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa
1. semua bahan kecuali roti di pukul/kocak sebati.
2. Masukkan roti kedalam adunan dan ramas-ramas roti hingga hancur
CARA :
1. Sapu loyang dengan mentega ( saya menggunakan bekas alumimium)
2. Masukkan 1/3 drp roti kedalam loyang dan ratakan/mampatkan.
3. Letak pula inti daging tadi diatas roti dan ratakan..
4. Ulangi semula dengan roti dan lapisan daging & akhir sekali lapisan roti.
5. Taburkan keju parut, sos mayonis dan daun sup.
6. bakar 40 minit hingga masak
22 February 2014
TEMPAHAN SEPANJANG JANUARI 2014
Antara tempahan yang diterima...
5.1.2014 - Double layer pavlova tempahan dari neber next door...TQ Su.
6.1.2014 - Fruits tart dari rakan sekolah dan rakan bakers, Fiza...TQ
6.1.2014 - Tempahan dari neber dan juga regular customer fruit tart nie...TQVM Ina
23.1.2014 - 100 biji apam polkadot tema pink & purple
25.1.2014 - 50pcs fruits tart tempahan dari neber, En Fariz....TQ
30.1.2014 - 2 biji kek red velvet tempahan dari aunty Midah, Wangsa Maju. Sebijik untuk hantaran pertunangan dan sebijik lagi untuk jamu sedara2....TQ aunty.
30.1.2014 - 1 layer pavlova tempahan dari rakan sekolah, Azah Ahmad....tq dear..:)
30.1.2014 - 9 biji Mini pavlova tempahan dari neber, Sue Hery...terima kasih yer.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)






















