31 October 2011

Tempahan








6pcs angry bird, 6pcs spongebob & 50pcs apam polkadot...kesemua order dari Ain. TQ Ain...harap berpuashati.

Tempahan Polkadot


100 biji ladybird & 100 biji polkadot repeat order dari Kak Linda....TQ.


100 biji ladybird tempahan dari Wan Salwaty....TQ Cik Wan.

23 October 2011

Kek Butter



Kek butter kali nie guna resepi mak. Kek yang mudah, ringkas & sedap lebih2 lagi kalau dimakan ketika masih panas...Nak cuba?? Saya sertakan resepinyer disini.....

KEK  BUTTER

1 cawan gula castor
1 cawan butter
1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan susu tepung


1. Tepung diayak bersama baking powder & susu tepung. Ketepikan.
2. Pukul gula & butter hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji, putar lagi.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sdikit dan gaul rata.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 40-45minit atau hingga masak. ( suhu bergantung pada oven masing2, saya hanya menggunakan suhu pada 160'c sahaja)

Selamat Mencuba...

22 October 2011

20 October 2011

Tempahan


RED VELVET


Minggu yang bz dengan RED VELVET...Saban minggu ada sahaja tempahan untuk simerah baldu ini...Alhamdulillah.

Tempahan kali nie datangnya dari jiran 1 blok, Wan Salwati yang menempah bagi pihak rakan beliau. Terima kasih Wan, harap kawan pun berpuashati.

16 October 2011

Tempahan

RED VELVET

Cabaran kali pertama bila customer request kek huruf....Mula2 dah tolak awal-awal takut x boleh buat tapi kawan bagi semangat dan alhamdulillah, berjaya jugak dihasilkan walaupun saya sendiri kurang berpuashati dengan kemasan kek ini. InyaAllah, akan diperbaiki lagi dimasa akan datang....

Kepada Khamisah Nazir, terima kasih kerana beri kepercayaan pada saya...harap adik beliau berpuashati.


14 October 2011

Tempahan

Choc Marble Cheesecake

Red Velvet

2 biji kek tempahan dari Syarinah...thanks Sya.