4 July 2013

Biskut Famous Amous Choc Chips

Lama sunggh tak update blog sementelah tiada tempahan baru juga untuk dimasukkan N3. Lagipun dah slow down sikit bab2 order nie sebab nak tumpukan perhatian pada anak kecil yang dah mula lasak dan manja. Baru nak pegang senduk, dia datang paut kat kaki...camner nak wat keje???..hukhukhuk..
 
Takper lah, kena lah berkorban sikit demi keselesaan si anak..Tunggu dia beso ckit baru boleh kayuh laju2...(kalau larat lerrrr...hehehheheh)
 
Cukup dulu pasal kerenah sikecil, kali nie saya nak berkongsi satu resepi cookies yang saya terjah dari blog kak wan Citarasawan (secara kebetulan terjumpa resepi nie). Resepi asal dari chef coklat yang terkenal tu sape lagi kalau bukan chef Ameer (belum berkesempatan nak jumpa kat kelas, InyaAllah suatu hari nanti...)
 
Terdapat sedikit kelainan  dalam resepi beliau kerana menggunakan cornflakes selain bahan2 asas yang lain seperti coklat cip dan badam. Jom semak resepi....






 
BISKUT FAMOUS AMOUS CHOC CHIPS

Sumber : blog Citarasawan
Resepi : Chef Ameer


Bahan A

200g mentega
50g shortening
70g gula pasir ( saya guna castor)
90g gula perang
1 sudu teh esen vanilla\
1 biji telur + 1 kuning telur +1 sudu besar susu cair


Bahan B

330g tepung gandum
10g serbuk koko
30g susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
- semua bahan2 nie diayak bersama, ketepikan.

100g choc chips
100g coklat susu/milk chocolate - disagat( sy guna dark chocolate)
80 almond nib ( sangai dulu)
60g conflakes (diramas kasar)


1. Pukul mentega, shortening & gula hingga berkrim. Masukkan esen vanilla & telur. Pukul sebati.
 
2. Gaul choc chips, coklat susu, badam & cornflakes bersama2 bahan yang diayak tadi hingga rata.
 
3. Masukkan adunan butter dan gaul lagi hingga menjadi doh yang lembut. Ambil sebesar ibu jari, bulat2 kan dan susun dalam dulang pembakar.
 
4. Bakar pada suhu 160'c selama 20-25minit.
 
 
 
Kesimpulannya, cookies ini sedap, rangup dan terlalu manis dan sangat sesuai untuk kudapan atau hidangan hari raya nanti. Selamat Mencuba....



5 June 2013

Florentine Crunchy Almond Cookies

Sana sini orang sibuk dok tayang cookies yang seglamour namanya, Florentine Crunchy Almond Cookies...tuuuu diaaa panjang sungguh nama dia...hehehehhe
 
Ternampak pulak kat blog sape lagi kalau bukan blogger masakan terkenal tu, puan Azlita Masam Manis kita tu. Selain menggunakan oven, beliau ada jugak tunjuk cara bakar guna pemanggang ajaib. Memang senang bangat resepi nie, campur gaul semuanya pastu bakar. Cuma kena modal lebih sikit lar sbb tepung mix tu mahal bebenor ditambah lagi dengan kepingan badam yang rasanya semua maklum harganya...
 
Tapi tak kisahlah, nak rasa punyer pasal (sambil pejam2 mata masa beli barang2 nih...huhuhuhu). Moh intai resepi yang saya copy dari blog Azlita Masam Manis ini.



 
sejurus lepas bakar..kena potong cepat2 ketika panas, kalo idak retak patah seribu lar jawabnya...hehehhe
 
 
dah siap untuk dingap..
 
 
sumber  : Azlita Aziz Masam Manis
 
Bahan-bahan :
 
200g tepung Florenta mix
200g badam keping
100g kuaci hitam
20g bijan hitam
 
 
1. Badam dan kuaci dipanggang sebentar selama 5 minit.
2. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 160'c
3. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.
4. Bakar pada suhu selama 10 minit.
5. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. Simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
Rasa dia lebih kurang macam kuih depang yang jual kat kedai2 runcit tu cuma kekacang tu yang buat berbeza rasanya. Untuk kekacang, terpulang pada citarasa masing2 nak letak apa...tepuk dada tanya selera..hihihihi. Ok lah, selamat mencuba...
 
 

 
 

Tempahan sepanjang minggu

 
 

Tempahan dari neber, Norafniza....50 bj mix apam dan kek red velvet. TQ Fiza.




150 bj mix apam : starwberry, blueberry & kiwi...tempahan dari Ina, Selayang.....TQ


 
 

Coklat hantaran pertunangan, tempahan dari Ieda, Pinggiran Bt.Caves..tq.




Coklat moist cake...tempahan khas dari neber, cik Wan sempena ulangtahun perkahwinan beliau...t.kasih cik Wan.

21 May 2013

KEK KUKUS KEJU OREO

Satu lagi resepi yang menarik yang saya kongsi dari rakan fb, Ainul Fitri (banyak jugak resepi beliau telah saya cuba dan semuanyer mmg sedappp..) iaitu Kek Kukus Keju Oreo. Mula2 nampak resepi ni kat blog Azlita Masam Manis dan tak sangka pulak resepi ni dah tersiar kat majalah RASA  bulan Mac 2013 arituh.



Mungkin gamba nie nampak kurang menggiurkan..maklum, cameraman amatur...huhuhuh tapi rasa memang yummy. Sempat jugak bagi jiran2 rasa dan diorang kata sodap!


KEK KUKUS KEJU OREO

Sumber/Rujukan : Azlita  Masam Manis
Resepi : Ainul Fitri

Bahan-bahan :

110g tepung naik sendiri
100g gula kastor (bahagi 2)
250g creamcheese
160ml susu cair
10 keping biskut oreo tanpa krim ( kisar/hancurkan)
4 biji telur ( asingkan putih dan kuning)
1 sudu makan coklat emulco
1 1/2 sudu teh serbuk nescafe segera (bancuh dengan air suam untuk jadikan pes)
1 sudu teh esen vanila

 
1. Pukul creamcheese bersama separuh gula kastor hingga lembut.
 
2. Masukkan kuning telur satu demi satu sambil diputar hingga kembang.
 
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu. Kacau rata.Masukkan esen vanila.
 
4. Didalam bekas berasingan, pukul putih telur hingga kembang. Masuk baki gula tadi dan pukul lagi hingga kental (bertanduk)
 
5. Masukkan 1/3 adunan putih telur (meringue) kedalam adunan creamcheese dan kaup balik hingga sebati.
 
6. Masukkan baki telur selebihnya dan kaup balik lagi hingga rata.
 
7. Ambil 1/3 adunan dan letak pes nescafe dan coklat emulco. Kacau rata.
 
8. Alas loyang 8 inci dengan kertas baking. Tuang separuh adunan putih dan ratakan. Masukkan separuh adunan nescafe, ratakan. Taburkan serbuk oreo secukupnya. Ulang langkah diatas sehingga habis.
 
9. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Selamat  Mencuba...



WHOOPIE PIE

 
Lama sudah nak buat whoopie pie nih semenjak rakan maya dok tayang kat fb dia. Aduhai terliuq ceq tau...Yang menjadikan terbantut nak buat pasal resepi step-by-step yg panjang berjela tuuu...Tak boleh jadik, kena buat gak nih.
 
Akhirnya hasil google dari Joy of Baking dan rakan fb, saudari Ainul Fitri tercapai jugak hasrat nak merasa whoopie pie nih. Terima kasih Ainul sbb berkongsi tips dan resepi.

 
 
Resepi asal menggunakan buttercream atau apa2 cream sebagai filling tapi saya ubah kepada butterscotch dan nutella. Kepada yang berminat, boleh rujuk resepi seperti dibawah yer..
 
 
Sumber/Rujukan : Joy of Baking dan Ainul Fitri
 
 
CHOCOLATE WHOOPIE PIE
 
1 3/4 cawan (230g) tepung gandum*
3/4 cawan (75g) serbuk koko*
1/4 sudu teh esen baking soda*
1 sudu teh esen vanila
- ayak bersama bahan2 bertanda *
 
3/4 cawan (170g) cawan mentega
3/4 cawan (150g) cawan gula castor
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan (60ml) buttermilk ( saya campurkan 1 sudu teh cuka+60ml susu segar dan biar 10 minit)
1/2 cawan (120ml) instant coffee/ air suam ( saya guna instant coffee)
 
 
FILLING : boleh guna choc ganache, buttercream, peanut butter atau nutella
 
 
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
 
2. Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla.
 
3. Didalam bekas lain, satukan buttermilk dan coffee/air suam.
 
4. Menggunakan kelajuan rendah, masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk (mulai dengan tepung akhiri dengan tepung juga)
 
5. Menggunakan ice-cream scoop/piping bag, paip adunan keatas dulang pembakar yang telah dialas kertas baking terlebih dahulu. Jarakkan anggaran 5cm.
 
6. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga masak.
 
 
 
 


Blueberry Muffin


Dah lama sebenarnya buat muffin nie....awal bulan lepas lagi tapi baru berkesempatan nak masukkan N3 dalam blog ( macam lar sibuk sangattt...hahhahaha). Resepi yang saya google dari My Resepi tapi tak ingat siapa nama pengirim resepi ni...harap halal kan lah yer..

 
 
SUMBER : MY RESEPI
 
BAHAN-BAHAN : ( hasilkan lebih kurang 24 biji bergantung pada saiz muffin cup anda)
 
170g mentega
160g gula castor ( saya gantikan gula perang)
4 biji telur gred A
350g tepung gandum
20g baking powder ( saya letak 1 sudu teh membukit)
1 sudu teh esen vanilla
160ml susu segar ( susu cair pon boleh)
Blueberry filling
Badam keping untuk hiasan ( saya tak letak)
Muffin cup ( saya guna solo cup saiz 2.5oz)
 
 
1. Pukul mentega dan gula castor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
 
2. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan tepung kedalam adunan mentega berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
 
3. Sudukan sedikit adunan kedalam muffin cup. Isikan pula blueberry filling dan tambah lagi adunan muffin hingga 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit badam keping.
 
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 20-25 minit.
 


10 May 2013

SHEPARD PIE


Dari hari ke hari dok usha resepi, akhirnya berkesempatan jugak buat makanan barat nih...SHEPARD PIE. Gabungan kuah yang seakan-akan spagethi dan mashed potato...mmmm yummeh! Kita layan gamba dulu....


sebelum dibakar....
 
 
 
hot from oven
 
 
 
rhopa kat dalam tuh...
 
 
Pie ni biasanyer orang bakar dalam bekas casserole tu tapi memandangkan mangkuk2 kaca saya udah tersimpan rapi dalam storage (kes malas nak keluarkan...huhuhuhu) maka guna aje lah apa yang ada...loyang kek pun boleh...hehehhehe
 
 
Jom skodeng resepi yang saya kidnap dari rakan facebook, Chef Joha Hassan.....
 
 
 
Sumber /Resepi : Joha Hassan (facebook)
 
 
 
SHEPARD PIE
 
Bahan-bahan :
1kg daging kisar
2 labu bawang besar - dadu kecil (saya guna bawang holland)
1 batang lobak merah  (saya x bubuh coz budak2 x suke sayur)
4 ulas bawang putih - tumbuh halus (saya cincang halus)
1 inci halia - tumbuk halus
1 sb serbuk lada hitam
1 st serbuk ketumbar
cendawan butang (saya tambah)
1 tin tomato puri/tomato soup (200ml)
2 biji tomato (dadu kecil)
1 st serbuk pala ( saya x letak)
1 st serbuk kunyit
1 sb cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
2 tangkai daun sup - cincang halus
garam & gula secukup rasa
3 sb minyak zaitun (saya guna minyak biasa je)
 
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, ketumbar dan serbuk lada hitam hingga layu dan naik bau.
2. Masuk cili kisar. Gaul sebati dan biar masak.
3. Masuk daging cincang, tomato, tomato puree dan cendawan. Gaul sebati dan rasakan garam serta gula.
4. Masuk serbuk buah pala dan serbuk kunyit.
5. Masuk daun sup yang telah dicincang. Jika kering boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. Tutup api dan biar sejuk seketika.
6. Isikan 3/4 inti yang telah sejuk kedalam mangkuk casserole dan ratakan.
7. Letak topping dan ratakan. Lorek untuk menghasilkan corak cakaran menggunakan garfu.
8. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit. Perlu diingat suhu adalah bergantung mengikut oven masing2 yer..
 
 
Bahan untuk topping :
 
5 biji kentang Russet besar (rebus hingga empuk)
1 st serbuk lada hitam
2 st serbuk keju parmesan
2 biji telur
1/2 cawan susu lemak ( saya guna dutch lady fullcream milk)
3 sb butter
garam
 
-  Lenyek kentang hingga lumat. Gaulkan sume bahan hingga sebati. Siap
 
 
 
Selamat Mencuba....