12 April 2011
Death by a chocolate cake
Heavenly choc!! what else can I say.....tengok rupa pun dah tau kan...hihihihi....semuanya bermula pagi tadi. Lepas jew google resepi kt website tanpa toleh kiri kanan, terus operasi..kebetulan bahan sume ada ( except the whipping cream..I x simpan stock so kene jugak beli!). Kalau tengok resepi, mcm x daya nk buat coz panjang sgt ( mcm resepi kek RV). Tapi bila ikut step by step, ok lar, tak susah mana pun.
So nak test power, saya buat 1/2 adunan jew dulu ( kut2 la x jadi kan...) Jom tengok resepi yg saya google kt Myresepi....resepi asal by Mrsdayat....
BAHAN-BAHAN ( 1 biji kek )
2 cwn gula ( kisar)
2 cwn tepung ( saya guna all-purpose flour)
3 biji telur gred A ( saya guna gred B)
1 cwn cocoa powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cawan air panas mendidih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp essen vanilla
** bahan ganache **
2 cwn non dairy whipping cream ( saya guna fresh cream)
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup
** whipped cream **
1 cwn non dairy whipping cream
CARA-CARA:
1. Tepung, koko powder, soda bikarbonat & baking powder ayak bersama. Ketepikan.
2. Pukul gula n telo hingga kembang, tambah esen vanilla.
3. Masukkan susu & minyak dlm adunan & kacau sebati.
4. Masukkan bahan2 ayak kedlm adunan, gaul dgn cara kaup-balik.
5. Masukkan air panas n kacau sebati.
6. Bakar @ 175-180'c selama 45' atau hingga masak. ( Bole juga kukus approx. 1 hour)
7. Meanwhile, didihkan whipping cream dlm mangkuk kecik. Mendidih saja, padamkan api n masukkan cooking choc. Kacau sebati.
8. Masukkan golden syrup n kacau lagi.
9. Asingkan 1 cawan & bakinya simpan dlm fridge.
Setelah kek masak & sementara menunggu kek sejuk, start prepare whipped cream.
1 cwn whipping cream - pukul ngan mixer hingga bertanduk (soft peak).
Satukan 1 cwn choc ganache td ngan 1 cwn whipped cream tu. Kacau sebati.
Potong kek kepada 2 bhgn ( kalo rajin bole buat 3 bhgn ). Sapukan ngan bancuhan whipped cream diatas permukaan kek & keseluruhan kek. Chilled for at least 30'. Next, sapu lagi kek itu dgn lebihan choc ganache td dan sejukkan lagi 30'.
Mudah je kan...so sape2 yg rajin tuh bole la mencuba yer....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment