Hampir 2 bulan berehat kerana menghormati bulan Ramadhan & kurang sihat, kini saya kembali bersiaran semula....dah macam dj radio la pulak...heheheheheh....
Sepanjang 2 bulan berehat tak banyak xtvt yang saya lakukan melainkan banyak merewang ke blog rakan2 bloggers yang pakar memasak sambil mencari-cari resepi yang menarik untuk dicuba. Akhirnya saya bertemu dengan satu resepi juadah yang tak asing lagi dari pantai timur...LAKSAM.
Sejujurnya sebelum ini saya belum pernah mencuba laksam ni sebab pelik ngan kuah nyer yg warna putih tu. Satu hari terdetik pulak rasa hati nk cuba juadah nie....Wow, penangan laksam nie buat saya betul2 teruja nak buat sendiri kt rumah.
Ini hasilnya, laksam saya yg resepi nyer saya teropong dari blog Azlita Aziz Masam Manis ....terima kasih ita atas kesudian berkongsi resepi yang mula menjadi kegemaran saya dan anak2.
Untuk resepi nyer, saya copy n paste jew dari blog Azlita ( kes malas nak taip..hehehehe)
Sumber : Azlita Masam Manis
LAKSAMBy: Yani
Laksa
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suamGaulkan semua bahan-bahan.
Panaskan kukusan.
Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak utk mengelak dari melekat.
Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan.
Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.
Ulang sampai habis
Kuah Laksam
Ikan -boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) ita guna 3 hiris ikan tenggiri
1 inc halia
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sudu teh lada hitam
1 biji Santan
3-5 keping Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah atau gula pasir
kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Bahan Ulam
timun
kacang panjang
taugeh
daun kesum
Kesemua bahan di atas di hiris halus.
Bahan Cili
cili merah
belacan
garam
limau nipis atau limau kasturi
cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau
taraaaaa......cubaan pertama ku yang tak menghampakan coz anak2 dok puji sedap, siap bagi double thumbs-up lagik...heheheheh....terima kasih sekali pada yang empunya resepi, tak sia-sia mencuba.....
No comments:
Post a Comment