6 October 2011

Apam Polkadot, Strawberry &Ladybird


sebelum kukus


selepas kukus


Hari nie mood terlebih rajin, so nak try buat apam polkadot. Dah lama sebenarnya mengidam nak buat apam nie ( dulu dah penah buat, tp x jadik..!). Tambahan pulak kt fb sekarang dah macam2 design yang muncul...cantik & comel2 belaka, tu yang tambah teruja nak mencuba apam nih...hihihihi

Maka terhasil lah apam polkadot versi ladybird & stoberi ...hasil pencarian dari satu website ke satu website. Resepi kebanyakan menggunakan resepi yang sama tapi hasilnya mungkin sedikit berbeza. Seperti yang saya hasilkan nie,  tak berapa cantik sebab menggunakan acuan tart dan bukan acuan kuih lompang. Apam nie memang sedap & gebu tambahan ada filing blueberry kt dalam tu, memang x rugi mencuba.....

Saya sertakan resepi apam polkadot yang saya dapat dari laman web bakery2embroidery ...TQ.


Bahan2

3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220g gula castor
150ml susu segar/santan (saya menggunakan santan)
1 sudu teh baking powder ( saya menggunakan 2 sudu teh)
1 s/kecil ovalette
1s/teh essen vanilla

Filling -  ikut citarasa sendiri (saya menggunakan blueberry filling)
Pewarna - ikut citarasa sendiri
Paper cup saiz S

1.Pukul telur, gula, essen vanilla  & ovalette hingga kembang dengan kelajuan maksima.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil memutar hingga santan habis.
3. Tepung diayak terlebih dahulu dengan baking powder. Masukkan kedalam adunan tadi secara berperingkat dan pukul lagi hingga kembang.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan mengikut warna pilihan.
5. Menggunakan piping bag, picit sedikit adunan kedalam acuan diikuti filing dan tutup semula dengan lebihan adunan hingga keparas acuan. Lukis corak yang digemari.
6. Panaskan kukusan. Balut tutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan wap dari menitis keatas apam.
7. Kukus selama 10-15 ninit atau hingga masak.

1 comment:

  1. 3 bj telur mcm xsesuai ler kak utk putar dkm mixer berjaya 7 liter....pemutar xmencecah dasar bowl, sy kena angkat bolw supaya putaran rata...akak buat cam ner ye

    ReplyDelete