Assalamualaikum semua....
Sejak kebelakangan ni malas tul nak update blog, nape ntah...Tidak seperti biasa, ada saja resepi baru cepat2 nak boh N3. Penat menguruskan rumahtangga kot!..huhuhuhu
Ini pun saya gagahkan jugak sebab dah janji ngan kengkawan nak share resepi roti yang saya buat baru-baru ini. Sebenarnya minat nak meroti semula nie timbul selepas terjebak beli mesin breadmaker baru-baru nih.
Mula-mula saya join Kelab Roti kt fb. Masa tu BM brand Tesco tengah buat promosi dengan harga RM199 (harga sebenar RM299.00). Masing2 dok tayang mesin yang baru diorang beli. Sudah rezeki saya, dapat sambar sebiji beberapa hari sebelum promosi berakhir...Alhamdulillah.
Benda dah ada kat tangan, maka makin galak lah saya meroti. Dulu uli pakai tangan jer, dekat 40 minit...lenguh ler jugak...huhuhuhu. Sekarang sume hujung jari...hanya tekan setting button yang berkenaan, sampai masa siap..mudah kan!
my new kitchen toy....
upacara perasmian...hehehehe
Roti pertama yang dihasilkan ialah roti loaf atau roti benggali...Mudah sangat buat roti loaf nih...campak semua bahan kedalam mesin, tekan program 'Basic'' dan mesin akan menguli, memerap dan membakar. Mengambil masa 2 jam 53 minit.
Roti bun ni pulak saya bakar menggunakan oven tapi BM yang menjalankan kerja2 menguli..
Bukan saja meroti tapi juga mendonat, buat pau dan macam2 lagi ikut kreativi masing2...
Saya menggunakan resepi asas roti yang saya ambil dari Kelab Roti dan saya sharekan disini :
Sumber : Kelab Roti
Resepi by : Pn Liza Othman
500g tepung roti (High protein) - atau gandingan 400g tepung roti+100g tepung gandum
100g gula castor
40g susu tepung
1 st bread improver
11gm yeast
1 biji telur + air sejuk =jadikan 265g (telur dipukul sedikit)
80g butter
1 st bread softener (saya abaikan)
Cara manual ( uli menggunakan tangan)
1. Campur bahan kering dan masuk bahan cecair.
2. Uli sebatikan dan masukkan butter. Uli lagi hingga doh licin dan elastik.
3. Perap 30 minit. Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
4. Bentukkan dan perap lagi hingga naik 2x ganda.
5. Bakar suhu 180'c selama 25 minit ( perlu diingatkan suhu bergantung pada oven masing2 yer)
Cara Breadmaker :
1. Masuk semua bahan, dimulai bahan cecair dahulu, diikuti bahan kering dan akhir sekali yis dibahagian atas. Tekan setting button yang sesuai ( boleh rujuk pada buku manual).
2. Untuk pembakaran melalui oven, keluarkan doh setelah selesai proses dari BM, bentukkan dan biar doh mengembang sekejap dalam 20 minit. Sedia untuk dibakar.
Assalam..maaf cuma ingin kongsi.
ReplyDeleteNOXXA Breadmaker / Multifunction Oven.
Yang jenis ini serba guna, boleh adun roti, bakar cookies, bakar roti dan sebagainya :
Begitu serba guna!
Menggabungkan ciri-ciri pembuat roti, oven elektrik dan pembakar roti, nikmati terus roti, biskut, kek dan pastri, daging panggang/gril, sayuran dan roti bakar selepas membuatnya.
Mudah!
Masukkan bahan sebelum tidur malam, esok pagi bangun juadah roti yang segar dan lembut sudah sedia untuk di hidang.
Yg paling penting bersih, tiada bahan kimia, bahan asing yang kita sendiri tidak tahu roti yg di beli di luar.
Fungsi Pembuat Roti:
Membakar roti yang beratnya sehingga 2 paun.
12 program (8 menu roti / 1 kek/ 2 doh / 1 menggaul).
Fungsi pelewat masa sehingga 13 jam, membolehkan anda preset pembuat roti untuk mendapatkan roti yang segar pada keesokan paginya.
Pilihan bagi mengguna dulang roti untuk membuat roti, fungsi doh bagi menguli doh untuk roti/pizza/pasta atau fungsi menggaul bagi menggaul beter kek/biskut.
Fungsi Oven Elektrik.
Program memanas dahulu.
Program membakar : masa 4 jam.
Program Memanggang/Menggril : masa 1 jam.
Dengan termostat yang boleh diubahsuai dengan julat suhu dari 40-260
Untuk program:
Memanas Dahulu/Membakar.
Fungsi Nyahfros.
Fungsi Menghangatkan.
Fungsi Membakar Roti.
Membakar 2 atau 4 keping roti dengan pilihan tekstur cerah, sederhana, gelap.
Guna untuk memerangkan hiasan atas makanan.
Pilihan untuk menggunanya bagi membuat roti telur goreng dan telur goreng separuh masak.
Spesifikasi Kapasiti : 17.6
Pembuat Roti : 650W
Oven Elektrik : 1500W
Motor Penguli : 100W Berat : 24lb
Dimensi (LxPxT) : 24in x 15in x 16in
Info whatapp +60177269885
Salam sis. Boley sy tau adunan roti sis lembik tak gune bread maker jenis tesco ni??
ReplyDelete