22 February 2014

MARBLE CHEESE NUTELLA CAKE

Lama tak mencuba resepi-resepi kek yang baru. Banyak resepi yang dah terkumpul cuma masa jer yang takder...sibuk main kejar2 ngan si bongsu yang nak masuk 2 tahun mac 2013 nanti. 

Tapi bila terjumpa satu resepi kek ni nampak menarik la pulak sebab menggunakan nutella....favourite anak2 saya. 


KEK BUTTER MARBLE NUTELLA CHEESECAKE
Resepi : Rohaimi Ahmad 
Sumber : FB


Bahan -bahan :

150g butter
200g creamcheese
200g gula halus (blend)
4 biji telur ayam
250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
100ml susu cair
2 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar nutella
1/2 sudu teh nescafe


  1.  Putar gula , butter dan cheese hingga kembang.
  2.  Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  3.  Masuk tepung dan baking powder serta esen vanilla. Putar lagi.
  4.  Akhir sekali, masukkan susu cair dan putar lagi hingga sebati.
  5.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian . 1 bhgn asal & 1 bhgn lagi ditambah 2 sb koko, nutella & nescafe.
  6. Menggunakan loyang 4 segi bersaiz 8 inci, paipkan adunan secara berselang seli. Buat hingga menjadi 4 lapisan. (saya menggunakan loyang 9" dan hanya dapat 3 lapisan)
  7.  Hentakkan loyang sekali dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 180'c (suhu bergantung oven masing2)








No comments:

Post a Comment