26 November 2011

Tempahan Apam Polkadot


50 biji mix apam....buah tangan buat aunty  Narim dari Bt.Pahat.



200 apam ladybird & 200 apam polkadot...tempahan dari classmate  Nur Qaseh, Setiawangsa...TQVM.



400 biji apam polkadot dengan pelbagai filling...tempahan dari Pn. Latifah, Gombak...TQ.

16 November 2011

Tempahan Apam Polkadot


350 biji apam ladybird....repeat order dari Rohaya Dental...TQVM.

14 November 2011

Brownies Stim

sebelum touch-up

selepas touch-up...

Dah lama jugak tak buat brownies kukus lapis cheese nie. Bila anak dara kata ada jamuan akhir tahun kt kelas, terus teringat nak buat brownies.... Mula2 seriau gak nak buat sebab dah penah buat dulu tapi lapisan nyer tak cantik. Tapi berkat tunjuk ajar dari sifu Maklang Azie, akhirnya berjaya jugak menghasilkan brownies yang cantik nie...thanks Maklang...

Brownies 7" nie dibuat khas untuk sikakak bawak pegi sekolah pagi tadi, nak jamu kengkawan....

Tempahan



250 biji apam ladybird dengan pelbagai filling.....tempahan dari staf2 Rohaya Dental, Sentul.....Terima kasih.

11 November 2011

Tempahan

Tempahan apam ladybird yang sungguh menggalakkan. Tempahan kali ni datangnya dari K.Linda...yang dah order apam ni tuk kali ke-3 rasanya...TQ kak.

50 biji lagi tempahan apam ladybird....Mak order tuk dihadiahkan pada kawan..

10 November 2011

Mexican Bun

doh selepas direhatkan 45 minit...

sebelum di bakar...

selepas dibakar...

cheese bun & bun kosong ..( untuk yg x makan cheese...hehehehe..)


Lama tak meroti. Lepas tengok kt fb kawan, kak Rina Mohd Dom terus teruja nak buat roti mexican nie. Tapi resepinyer saya dapat dari FP Rinn Chan cuma saya buat 2 adunan takut tak cukup....hehehehhe...
1 adunan untuk mexican bun 1 adunan lagi buat cheese bun & bun kosong untuk anak yang tak makan cheese. Jom kita tengok resepinyer..Rinn Chan saya mohon share yer...(tapi saya derhaka ckit dari resepi asal..sori yer  Rinn )


(Sumber : Naz Rinn Chan)

Roti Bun

325g high-protein flour (tepung roti)
1 tsp bread improver
1/2 tsp garam
1 1/2 tbsp susu tepung
60g gula castor
120ml air
10gm yis mauripan ( saya guna sepeket mauripan-11g)
1 biji telur
45g marjerin

1. Campur semua bahan kering dan pukul sebati ( Rinn Chan rendam dulu yis hingga berbuih)
2. Masukkan telur & air sikit2. Pukul lagi hingga sebati .
3. Masukkan marjerin. Uli hingga kenyal & elastik ( saya guna mixer jew) 
4. Rehatkan doh selama 45 minit hingga naik 2X ganda.
5. Tumbuk2 kan doh tadi bagi keluar angin. Timbang anggaran 40g setiap satu. Bulat2 kan doh.
6. Rehatkan lagi 10 min hingga kembang.


Mexican topping

75g marjerin
60g gula icing
1/2 tsp essen vanilla
1 biji telur (pukul sedikit)
75g tepung kek
saya tambah sedikit nescaffe & coffee emulco untuk dapatkan rasa kopi

1. Putar marjerin & gula icing hingga hingga berkrim.
2. Masukkan telur & putar lagi.
3. Masukkan essen vanilla & perisa kopi.
4. Masukkan tepung & gaul sebati.
5. Masukkan adunan kedalam piping bag dan buat corak lingkaran diatas bun (seperti gambar diatas)


Tak rugi mencuba sebab sedap sangat...!!




8 November 2011

Tempahan


100 biji apam polkadot repeat order dari Rosmawaty....TQ


50 biji polkadot juga repeat order dari Ain....TQVM.

7 November 2011

Tempahan


50 pcs blueberry cheesetart tempahan dari Dyla, Balisya Trading....TQ.


50 pcs fruit tartlet, tempahan dari jiran, Liyana....TQ.

4 November 2011

Tempahan


200 pcs apam polkadot & ladybird berintikan coklat, blueberry, strawberry & kaya.

Tempahan





25 pcs birthday cuppies, 25 pcs raya cuppies, 50 pcs polkadot & 50 pcs ladybird....kesemua repeat order dari Ain. TQVM for your kind support.

Lagi 50 pcs polkadot & 50 pcs ladybird tempahan dari member Ain, Mariana..terima kasih yer.