23 February 2014

TEMPAHAN

Salam semua...Setelah mengemaskini entry yang lama tak update, rupa2nya ada lagi ada lagi entry lama yang tertinggal untuk diupdate. Inilah jadinya kalau buat kerja bertangguh, emua jadi kelamkabut....huhuhuhu



13.12.2014 - Sebijik red velvet saiz 9 inci tempahan  dari rakan, Intan Saodah untuk sahabat vokay....terima kasih Odah..:)

TEMPAHAN

Tempahan lagi...





8.2.2014 - Choc cheese indulgence tempahan dari Nisa...TQ





11.2.2014 - Customer whatsapp nak kek tiramisu beserta gamba kek contoh. Oleh kerana tak baca mesej betul2 saya buat kek tiramisu yang biasa...tabur serbuk koko dan letak choc board seperti gamba diatas.  Customer reject ...mintak digantikan dengan logo arsenal, team favourite anak bujang beliau. Tak nak menghampakan customer, berusaha carik EI arsenal....alhamdulillah dapat jugak kt bakery. Dan inilah hasilya setelah transformasi.....



Harap customer berpuas hati...segala kesulitan amatlah dikesali.







18.2.2014 - Tempahan dari anak dara saya...hehehehe. Mintak dibuatkan sebijik kek untuk menjamu kawan2. Maka terhasil lah Brownies Kukus Lapis Cheese @ Steamed brownies. Lama jugak tak buat brownies nih....hampir 3 tahun jugak lah....huhuhuhu. 1  loyang 7 inci untuk anak dara dan sebjik loyang loaf pan untuk makan sendiri...jadik ler....hehehehe


TEMPAHAN

Mini pavlova yang mendapat sambutan...



Repeat order dari Su neber...TQVM

APPLE PIE

Masih menggunakan puff pastry segera jenama Kawan, kali nie saya buat epal pai ala2 McD  gitu.... Resepi hasil godek dari blog Cik Mat Gebu. Simple sangat  tapi sedap.....







PAI EPAL
Sumber  resepi : Cik Mat Gebu


BAHAN-BAHAN :
2 biji epal hijau
1 genggam cranberry kering atau kismis ( saya omit sebab takder stok)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung *
2 camca besar air * (bahan * disatukan dan kacau rata)
2 camca besar mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
secubit garam
8-10 keping puff pastry jenama KAWAN (4x4 inci)
1 kuning telur untuk glis


CARA MEMBUATNYA :

1. Kupas kulit epal dan belah enam. Potong dadu dan rendam dalam air.
2. Panaskan mentega, masukkan epal tadi. Goreng hingga layu. 
3. Masukkan kismis, gula perang, garam dan serbuk kulit kayu manis. Masak hingga epal lembut.
4. Tambah jus lemon dan gaul rata.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung kacau rata dan biar pekat. Sejukkan inti dan ketepikan.


PUFF PASTRY :

1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 (pastikan satu bahagian besar sedikit). Kelar2 kan (rujuk gambar diatas ataupun boleh rujuk blog CMG untuk tutorial)
2. Sudukan  2 camca teh inti pai keatas bahagian satu lagi & tutup dengan  bahagian yg berkelar tadi.
3. Kemaskan tepi2 nya dengan cara menekan guna garfu.
4. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190'c selama  25 minit (suhu bergantung oven masing2)




ROTI LAPIS DAGING

Ala-ala lasagna tapi menggunakan roti disetiap lapisan. Sedap jugak!..meh semak resepi....




ROTI LAPIS DAGING
Sumber resepi : Maizura


INTI DAGING
500g daging cincang
2 biji kentang (potong dadu)
3 ulas bawang putih ( cincang)
1 labu bawang besar ( di dadu halus)
1 sb cili kisar + 1 sb serbuk kari
garam


1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan serbuk cili, serbuk kari dan sedikit garam. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan daging. Tambah air untuk melembutkan kentang.
4. Masak hingga kentang lembut & kering kuah.


ROTI
12-14  keping roti gardenia
500ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa

1. semua bahan kecuali roti di pukul/kocak sebati.
2.  Masukkan roti kedalam adunan dan ramas-ramas  roti hingga hancur


CARA :

1. Sapu loyang dengan mentega ( saya menggunakan bekas alumimium)
2. Masukkan 1/3 drp roti kedalam loyang dan ratakan/mampatkan.
3. Letak pula inti daging tadi diatas roti dan ratakan..
4. Ulangi semula dengan roti dan lapisan daging & akhir sekali lapisan roti.
5. Taburkan keju parut, sos mayonis dan daun sup.
6. bakar 40 minit hingga masak



22 February 2014

TEMPAHAN SEPANJANG JANUARI 2014

Antara tempahan yang diterima...


5.1.2014 - Double layer pavlova tempahan dari neber next door...TQ Su.


6.1.2014 - Fruits tart dari rakan sekolah dan rakan bakers, Fiza...TQ


6.1.2014 - Tempahan dari neber dan juga regular customer fruit tart nie...TQVM Ina


23.1.2014 - 100 biji apam polkadot tema pink & purple



25.1.2014 - 50pcs fruits tart tempahan dari neber, En Fariz....TQ




30.1.2014 - 2 biji kek red velvet tempahan dari aunty Midah, Wangsa Maju.  Sebijik untuk hantaran     pertunangan dan sebijik lagi untuk jamu sedara2....TQ aunty.



30.1.2014 - 1 layer pavlova tempahan dari rakan sekolah, Azah Ahmad....tq dear..:)




30.1.2014 - 9 biji Mini pavlova tempahan dari neber, Sue Hery...terima kasih yer.

CHEEZY BALL

Kudapan yang kian popular di facebook....bebola cheese atau nama glamour : Cheezy Ball...:)    Sana-sini ramai yang buat dan menarik perhatian saya untuk mencuba jugak. Dan ini lah hasilnya...




CHEEZY BALL
Sumber resepi : Kak Chaq

350g ubi kentang (saya guna 5 biji - rebus dgn sedikit garam, tos dan dilecek halus)
250g tepung gandum ( saya agak2 jer )
5 biji telur ( saya guna 2 biji - pukul sedikit)
sedikit serbuk lada
250g kraft cheddar cheese (potong dadu)
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya


1. Gaul sebati kentang dan tepung. Bubuh sedikit serbuk lada.
2. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli dan masukkan keju yang dipotong dadu tadi.
3. Gaul dengan serbuk roti, celup dgn telur dan salut lagi dgn serbuk roti.
4. Goreng hingga kuning keemasan.


SHERPERD PIE

N3 yang tertangguh....Sheperd pie. Rasanya dah kali ke-3 saya buat sebab anak-anak suka sangat. Resepi pernah saya update sebelum nie. Kali ini sekadar tontonan sahaja...hehehehe




CHICKEN PIE

Lagi entry lama....buat bulan november 2013 arituh tapi baru berkesempatan  update kat blog. Sabo jer lah....huhuhuhu



Menggunakan puff pastry jenama Kawan....mudah jer nak buat. Intinya ikut suka...nak buat kari ayam, sardin, sambal....terpulang selera masing2 . Cara saya : Isi ayam potong kecil dan ditumis dengan sedikit halia dan bawang putih hingga naik bau. Bubuh cendawan, sos tiram dan garam. Siap...

Menggunakan acuan tart bersaiz 5.5 cm, canai sedikit kulit pastry tadi ( pastikan kulit tu lembut pada suhu bilik kalo idak retak seribu nanti..huhuhu) dan tekan kedalam acuan tadi perlahan2. Masukkan inti dan tutup lagi dengan sekeping pastry. Kelim bahagian tepi menggunakan garfu. Lubangkan sedikit dibahagian atas dengan pisau dan sapu kuning telur diatasnya. Bakar selama 25-30 minit mengikut suhu oven masing2 .


Chicken pie yang telah siap dibakar. Tersengih lah pulak pasal tak kelim betul2 tadi....huhuhuhu

MARBLE CHEESE NUTELLA CAKE

Lama tak mencuba resepi-resepi kek yang baru. Banyak resepi yang dah terkumpul cuma masa jer yang takder...sibuk main kejar2 ngan si bongsu yang nak masuk 2 tahun mac 2013 nanti. 

Tapi bila terjumpa satu resepi kek ni nampak menarik la pulak sebab menggunakan nutella....favourite anak2 saya. 


KEK BUTTER MARBLE NUTELLA CHEESECAKE
Resepi : Rohaimi Ahmad 
Sumber : FB


Bahan -bahan :

150g butter
200g creamcheese
200g gula halus (blend)
4 biji telur ayam
250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
100ml susu cair
2 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar nutella
1/2 sudu teh nescafe


  1.  Putar gula , butter dan cheese hingga kembang.
  2.  Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  3.  Masuk tepung dan baking powder serta esen vanilla. Putar lagi.
  4.  Akhir sekali, masukkan susu cair dan putar lagi hingga sebati.
  5.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian . 1 bhgn asal & 1 bhgn lagi ditambah 2 sb koko, nutella & nescafe.
  6. Menggunakan loyang 4 segi bersaiz 8 inci, paipkan adunan secara berselang seli. Buat hingga menjadi 4 lapisan. (saya menggunakan loyang 9" dan hanya dapat 3 lapisan)
  7.  Hentakkan loyang sekali dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 180'c (suhu bergantung oven masing2)








Birthday Cake for Zarif


28.11.2013 yang lalu genap 7 tahun umur sibujang tecik saya..Muhammad Zarif Kaswari. Dia mintak kek yang sedap tp mesti yg ada coklat sebab dia tak suka kek yang ada banyak cream dan cheese. Cerewet jugak budak ni tau....









 Inilah kek surprise untuk sibujang....Black & White Italian Cheesecake. Tapi macam biasalah budak2 nih...mintak beria2 makan sepotong dua jew. Takperlah janji tertunai hasrat dihati...:))


Tempahan

Lama tak dapat update blog lantaran kesuntukan masa dan masalah pc. Alhamdulillah masalah PC dah selesai itu pun setelah hampir 4 bulan  tergendala.. Jenuh jugak lah nak update satu satu....phewww!!...

Dipendekkan cerita, ini lah antara tempahan yang diterima penghujung tahun 2013 yang lalu...



25.12.2013
Red Velvet...hadiah christmas buat jiran lama, Mdm Ruby


26.12.2013
Apam polkadot & mini pavlova...tempahan dari rakan yang tak jemu2 mengorder...Nur Qaseh. TQ beb...:)

27.12.2013
Mini pavlova lagi dari neber yang juga regular customer untuk pavlova ini....TQ Liza