7 May 2015

BROWNIES

Assalamualaikum....

Atas permintaan, saya sertakan resepi Chewy Gooey Yummy Brownies yang saya buat bulan lepas. Ramai pulak yang suka kedut-kedut atas permukaan brownies...hehehehe. Ok lah jom semak resepi. Terlupa pulak resepi sapa sbb saya screenshot guna hp jer. Bila buat cropping ter crop sekali pengirim yang share resepi. Kalau tak silap resepi yang sama dikongsikan oleh Azlita Masam Manis.  Mintak halal yer...


Chewy Gooey Yummy Brownies

250g butter
400g coklat masakan ( saya guna coklat compound)
90g tepung gandum
50g serbuk koko
100g kekacang pilihan yg dipanggang cth : walnut dsb ( saya tak letak)
5 biji telur A
1 st esen vanilla
1 sb coklat emulco
250g brown sugar


1. Cairkan coklat & butter secara double-boiler.. Ketepikan dan biar sejuk.
2. Ayak tepung & serbuk koko. Campur kekacang yang telah dipanggang kedalam adunan tepung ( saya skip yang ini) Ketepikan.
3. Panaskan oven. Gris loyang dengan sedikit butter & alas dengan baking sheet ( Lebihkan setiap hujung kertas sehingga melebihi paras loyang) Saya guna loyang square 9x9
4. Dalam bekas lain, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco & brown sugar dengan whisker hingga gula larut.
5. Tuang adunan coklat cair tadi kedalam adunan. Kacau rata.
6. Dengan kadar segera, masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan. Kaup balik guna spatula.
7.  Bakar sehingga masak.




Kejadian sejurus lepas keluar oven. Nampak tak kedut2 yang seksi tuh? hihihhi





Versi yang telah dipotong. Dinasihatkan agar potong brownies ketika panas2 lagi agar tak retak seribu macam kat atas tuh....huhuhuh


Ambil masa jugak sebenarnya nak update entry kat blog nih. Saya bukan rajin sangat nak mengadap laptop hari2 tambahan pulak terpaksa berkongsi dengan anak2. Mintak maaflah yer pada yang ternanti2 resepi dari saya .....kelewatan yang selalunya tak disengajakan.

Resepi dah taip so selamat mencuba yer kawan-kawan...




No comments:

Post a Comment