CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Datang

18 April 2014

TEMPAHAN



 
5.4.2014 ~ Chocolate moist cake tempahan dari rakan sekolah, Morryta...TQ
 
 
 
13.4.2014 ~ 3 sets of mini pavlova ( 27 biji) tempahan dari customer..tak sempat pulak tanya nama sebab yang datang ambil pun wakil beliau...saya jual yer.
 
 
 
18.4.2014 ~ Red Velvet repeat order dari neber, Raja Zarina untuk meraikan harijadi beliau dan anak-anak serta ipar...terima kasih Ina untuk kesekian kalinya. Happy Birthday juga untuk semua...:)
 
 
 

27 March 2014

HAPPY BIRTHDAY ZULAIKHA

Hari ini 26.3.2014  genap 2 tahun umur anak dara saya, Nur Zulaikha Kaswari. Pantas betul masa berlalu...rasanya baru semalam saya memeluk tubuh mungil nya tatkala baru menjengah dunia. Selamat Hari Lahir sayang....semoga menjadi anak solehah dan membanggakan ibu dan ayah...


Walaupun baru berumur 2 tahun tapi minat sangat dengan kartun  Upin dan Ipin.Berejam boleh mengadap komputer menyaksikan movie Upin Ipin nih. Antara karakter kartun yang dia kenal selain Upin Ipin...Mail, Mei Mei, Ehsan dan Jarjit...

Saya sediakan sebijik kek Victoria Sandwich Cake resepi Nigella Lawson. Sejenis kek span yang saya lapisi dengan creamcheese, strawberry filling serta buah strawberry segar.



sebelum...


selepas....


Keratan rentas...

Kebetulan adik ipar punya birthday jatuh pada hari yang sama, so saya buatkan sebijik marble brownies tapi saya perasakan dengan blueberry dan strawberry filling selain coklat. Malangnya brownies kurang menjadi sebab kesilapan teknik masa membakar...rasa ada tapi rupa  tiada.....huhuhuhu


Apapun alhamdulillah majlis ringkas yang dihadiri kaum keluarga terdekat berjalan lancar. Terima kasih diucapkan dan Happy Birthday untuk si comel Zulaikha dan uncle nya, Yazid.



25 March 2014

TEMPAHAN

Antara tempahan sepanjang minggu :



8.03.2014 ~ 50 biji blueberry cheesetart order dari neber


16.03.2014 & 22.03.2014 ~ 500 biji apam dari customer




23.03.2014 ~ sebiji kek Rainbow, mini pavlova dan 200 biji apam polkadot tempahan dari rakan sekolah, Nur Qaseh....terima kasih atas tempahan...:)

18 March 2014

PUDING ROTI SOS KASTARD


Seriously...ini kali pertama saya buat puding roti nie ( walaupun orang lain dah lama expert..huhuhuhu). Biasanya saya buat puding versi lain...puding roti macam agar2 tu. Ini gara2 roti terlebih lepas buat ais krim goreng arituh. Saya guna bahagian kerak2 roti yang terbuang tu..Alhamdulillah menjadi kesukaan anak2 rupanya selain mengelakkan pembaziran. iyer lah sayangkan kerak2 roti tu kalau dibuang.  3 kali jugak lah saya ulang membuatnya sbb permintaan yg tinggi dari anak2....hehehehe



versi sebelum dibakar


selepas dibakar


versi yang dah siap...sos kastard bersama fruit koktel..walla!!


ini kali ke-3 saya buat. Ada taburan coklat cip selain kismis dan sos kastad serta sos coklat ( lebihan choc ganache ) memang mengancam giler kombinasi ni tau..x caya cuba you all buat..:))


Sumber : Wandiha

Bahan A :

8 keping roti ( saya agak2 jer )
500ml susu segar
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter cair
2 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kulit kayu manis
2 sudu besar kismis
coklat cip ( saya tambah )


Bahan B ( Sos Kastad )

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula 

- Campur semua bahan B kedalam periuk. Kacau atas api sederhana hingga agak pekat. Ketepikan


1. Koyak2 kan roti dan susu dalam loyang yang telah disapu butter.
2. Gaul semua bahan B kecuali roti ( saya guna blender) dan tuang keatas roti tadi. Biar 20-30 sehingga susu menyerap sepenuhnya keatas roti. Tabur kismis dan coklat cip.
3. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit. 





MINI CHICKEN POT PIE

Resepi mudah yang masih menggunakan puff pastry segera...mudah dan jimat masa...hehehehe. 







Sumber : Noor Abd Rahim ( Buku Resepi )

Isi ayam ( potong dadu )
1 biji bawang besar  ( cincang )
1 tin cream of chicken ( boleh guna cream of mushroom juga )
1/2 cawan air
sedikit lada hitam
cendawan butang ( cincang )
1 sudu besar butter


1. Panaskan butter & tumis bawang hingga layu.
2. Masuk ayam dan tumis lagi hingga masak.
3. Masukkan cream of chicken dan air. Biar mendidih, kemudian masukkan cendawan butang & serbuk lada. Ketepikan.
4. Letak puff pastry dalam muffin pan. Letak isi ayam tadi.
5. Bakar 180'c selama 15-20 minit.





Chicken pie sedia dinikmati...selamat mencuba ...:)


TART KENTANG

Malas pulak nak bercerita panjang arini....kita tengok jer lah resepi nie...:) kepada tuan punya resepi saya mintak izin share resepi disini yer..






Resepi : P.Ros@Sinaran Menu
Sumber : Ayu@Curly babe satisfaction

5 biji kentang ( parut halus )
1 biji carrot
1/2 biji bawang besar ( dadu kecil )
sedikit daun bawang
2 batang crab stick ( potong kecil )
5 ekor udang ( potong kecil )
cendawan butang ( saya tambah )
3 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan susu ( saya guna susu segar )
3 biji telur
250g mozarella cheese ( disagat )
garam dan serbuk lada putih


1. Kentang yang telah disagat diperah airnya. Satukan kentang, lobak, bawang besar, tepung, cendawan , udang dan crabstick dalam satu bekas. ( saya masakkan sebentar semua bahan2 ini (kecuali tepung) didalam kuali sehingga layu )

2. Pukul susu dan telur. Tuang kedalam campuran tadi.
3. Masuk daun bawang, isi kentang dan segenggam parutan cheese. Gaul sebati.
4. Sapu butter keliling muffin tray dan masuk sesudu besar adunan kedalam acuan dan tabur sedikit cheese diatasnya.
5. Bakar 190'c ( atau ikut suhu oven masing2 ) selama 20 minit atau sehingga cheese keperangan.



6 March 2014

ICE CREAM GORENG

Macam pelik jer kan...aiskrim boleh digoreng?? Tak percaya...jom tengok nih...



Macam roti jer?? Hehehe...memanglah roti. Jom tengok ni pulak...



Taraaaa....nampak tak apa kt dalam tuh...inilah yg deme dok panggil aiskrim goreng....:))  Cheq dah lama tau tapi baru lar nie nak cuba buat. Bukan nya susah pon nak buat. Tak percaya? Jom  tengok resepi : 


Sumber : Buku Resepi
Resepi : Resepi Ummi


Bahan :

Aiskrim ( perisa kegemaran)
Roti
Cawan

1. Ambil sekeping roti dan letak 2 scoop aiskrim diatasnya. Lapis dengan sekeping roti lagi. 
2. Tekap dengan permukaan cawan untuk mendapatkan bentuk bulatan. Buang lebihan roti dan kelim bahagian tepi roti menggunakan garfu.
3. Simpan roti didalam freezer semalaman.
4. Ketika hendak menggoreng, pastikan minyak betul2 panas. Keluarkan roti dan terus goreng sehingga keperangan (10-12 saat).
5. Aiskrim goreng sedia dinikmati....