14 March 2013

Pemanggang Ajaib


Pemanggang Ajaib...memang ajaib sungguh lar. Dah lama sangat dok usha kuali pemanggang nih, tapi bila dibelek harga mak aiii...boleh tahan mahalnya. Terpaksa lah bertahan dengan kuali panggang ikan yg 'Ajaib' kt umah nie (kuali non-stick yang dah takder rhopa kuali...heheheheheh).




Bila syarikat Menang Glassware keluarkan produk ni, hati meronta-ronta nk beli tapi sampai kesudah tak beli jugak...huhuhuhuhu. Sampai lar baru2 ni biras dok citer pasal pemanggang ajaib yang baru dibeli terus confirm & mintak dia belikan satu. Yessss...barang diidam sudah berada dalam tangan.

Tak tunggu lama, esoknyer jugak saya try test menggunakan resepi yg disertakan sekali dengan set kuali ini. Jom tengok.....

Resepi pertama :


Daging Bistik Taj Mahal
 
 
Jauh datangnyer resepi nie, dari Taj Mahal nun....hehehehhee
 
Resepi asal : Shariza bt Sabtu
Bahan-bahan :
 
300g daging batang pinang (hiris setebal 1cm)
sebiji bawang besar (hiris bulat)
sebiji buah tomato (hiris bulat)
sebiji kentang (hiris bulat)
1 sb serbuk lada hitam ( perap bersama daging)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1/2 tin kecil kacang pis dan airnya ( saya tak guna sbb takder stok)
setangkai cili merah (hiris kasar)
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
 
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng hirisan kentang hingga kekuningan. ketepikan.
 
2. Tumis bawang besar dan tomato hingga agak layu. ketepikan.
 
3. Goreng daging yang telah diperap sehingga 1/2 masak. Masukkan semua sos tadi . Gaul rata dan masaka seketika.
 
4. Masukkan secawan air dan tutup pemanggang ajaib selama 10 minit dengan api kecil.
 
5. Apabila daging empuk, masukkan bawang, tomato dan kentang yg telah dirgoreng serta kacang pis dan cili merah. Gaul rata dan tutup lagi pemanggan ajaib.
 
6. Masak hingga agak kering. Sedia dihidang bersama roti atau nasi.
 
 
 
Resepi 2 :
 
 
 
Satay Ayam Serai 'Menang' dan Sos
 
Resepi asal : Haslina A Ghani
Bahan-bahan :
 
Bahan A
 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1/2 st serbuk lada sulah
 
Bahan B
 
 1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
 
 
250g isi ayam kisar
1/4 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk roti
1 sk serbuk ketumbar
1 sb gula pasir
1 sb gula merah
garam secukup rasa
 
10 btg serai ( dipotong 5-6 inci untuk dijadikan batang satay)
 
1. Bahan A ditumbuk halus, bahan B dicincang. Satukan semua bahan dan gaul rata. Perap selama 1-2 jam.
 
2. Ambil 1-2 sudu makan adunan ayam dan salutkan pada batang serai.
 
3. Panaskan pemanggang ajaib dan titiskan 2-3 titik minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa). Panggang ayam sehingga masak. Hidang bersama sos kegemaran.
 
 
Yang bestnya pemanggang ajaib bukan setakat memanggang saje tapi boleh buat kek jugak tau. tak percaya?? jom tengok nih....
 
 
 
 
 
 Kek pisang hasil dari pemanggang ajaib tuh. Memang ajaib kan...hihihihi
 
Resepi 3 :
 
Sumber : FB Chef and Charity Club with Smile
Resepi asal : Azlinda Abd Kadir
 
 
Bahan-bahan :
 
4 biji pisang sederhana besar - dilecek( saya guna pisang berangan)
3 biji telur sederhana besar (saya guna gred B)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)
1 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla
secubit garam
 
 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan pisang yang telah dilecek tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sehingga adunan sebati.
5. Masukkan adunan kedalam pemanggang ajaib dan bakar dengan api perlahan selama 20-30 minit.
 
 
Mudah bukan.....selepas ini pasti banyak lagi resepi2 akan saya cuba dengan menggunakan pemanggang ajaib ini. Anda bila lagi?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


1 comment:

  1. Sudah terjebak dengan membeli pemanggang ajaib ini. :-)

    ReplyDelete