7 August 2015

Noxxa Pressure Cooker a.k.a Periuk Ajaib

Assalamualaikum. Lama sungguh saya tinggalkan rumah yang comel ini hingga bersawang jadiknya...huhuhu. Bukan tiada entry yang nak dikongsi ( kerap update di instagram atau fb ) tapi tahap kerajinan nak mengadap blog jatuh merudum...hukhuhkhuk. 

Tapi sejak bereksperimen dengan periuk noxxa baru-baru ini rasa teringin pulak nak berkongsi kat Dapor Comel Delight ni. 

Nak habaq mai memang ajaib sungguh lar periuk multi function noxxa keluaran Amway nih. Macam2 boleh buat tau....dari masak nasi, buat rendang, buat kek pun boleh ( yang ni tak try lagi )

Saya dengan cik noxxa ni belum lama pun, baru 2 minggu tapi dah macam2 jugak saya cuba dek kerana teruja. 

Ini antara koleksi ekperimen saya dengan cik noxxa :



Resepi pertama saya, masak lemak kulit lembu dan rebung madu. Baru 2 jam terima periuk terus kedapur bereksperimen....teruja lah katakan...hihihihi


Inilah rupa cik noxxa kesayangan saya tuh....


Masak pasta pun boleh. Hanya guna mode High Pressure (HP) 6 minit pasta masak lembut.

Kari ayam pun boleh. Ayam masak sekata dan kentang pun empuk elok.

Makan pulak dengan roti jala.....yummmsssss

Sup ayam. Pernah jugak try buat sup tulang lembu. HP 30 minit jer daging masak empuk. Tak payah nak berlama2 kt dapur. Senangkan!!

Bubur nasi pun boleh juga...

Yang ni projek terbaru dan masih panas lagi...Dodol durian in the house. Masak dalam masa 1 1/2 jam saja. Mudahnya hidupku....

Pada yang dah ada periuk ni jangan jadikan tukun pulak...rugi tau!. Highly recommended untuk ibu2 yang berkerjaya yang sentiasa berkejar2 dgn masa dan anak2 kecil. 

Dengan cik noxxa anda boleh buat pelbagai tugas dalam satu masa. Hanya set masa, biar noxxa bekerja dan anda boleh buat kerja2 lain...mencuci, mendobi, mandikan anak...pendek kata periuk noxxa ni pembantu yang sangat2 membantu.


Ok dulu buat masa ni. Ada masa saya kongsikan lagi pengalaman2 manis bersama cik noxxa berserta resepinya sekali.

Assalamualaikum & Bye2...