6pcs angry bird, 6pcs spongebob & 50pcs apam polkadot...kesemua order dari Ain. TQ Ain...harap berpuashati.
31 October 2011
Tempahan
6pcs angry bird, 6pcs spongebob & 50pcs apam polkadot...kesemua order dari Ain. TQ Ain...harap berpuashati.
Tempahan Polkadot
100 biji ladybird & 100 biji polkadot repeat order dari Kak Linda....TQ.
100 biji ladybird tempahan dari Wan Salwaty....TQ Cik Wan.
23 October 2011
Kek Butter
Kek butter kali nie guna resepi mak. Kek yang mudah, ringkas & sedap lebih2 lagi kalau dimakan ketika masih panas...Nak cuba?? Saya sertakan resepinyer disini.....
KEK BUTTER
1 cawan gula castor
1 cawan butter
1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan susu tepung
1. Tepung diayak bersama baking powder & susu tepung. Ketepikan.
2. Pukul gula & butter hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji, putar lagi.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sdikit dan gaul rata.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 40-45minit atau hingga masak. ( suhu bergantung pada oven masing2, saya hanya menggunakan suhu pada 160'c sahaja)
Selamat Mencuba...
22 October 2011
20 October 2011
Tempahan
RED VELVET
Minggu yang bz dengan RED VELVET...Saban minggu ada sahaja tempahan untuk simerah baldu ini...Alhamdulillah.
Tempahan kali nie datangnya dari jiran 1 blok, Wan Salwati yang menempah bagi pihak rakan beliau. Terima kasih Wan, harap kawan pun berpuashati.
16 October 2011
Tempahan
RED VELVET
Cabaran kali pertama bila customer request kek huruf....Mula2 dah tolak awal-awal takut x boleh buat tapi kawan bagi semangat dan alhamdulillah, berjaya jugak dihasilkan walaupun saya sendiri kurang berpuashati dengan kemasan kek ini. InyaAllah, akan diperbaiki lagi dimasa akan datang....
Kepada Khamisah Nazir, terima kasih kerana beri kepercayaan pada saya...harap adik beliau berpuashati.
14 October 2011
7 October 2011
Tempahan
Kek Coklat moist dengan coklat ganache...tempahan dari Intan Saodah. Thanks Odah & Happy Birthday Dhira..
Tempahan Apam Ladybird
100pcs apam ladybird tempahan dari kak Linda, jiran satu blok. Sebenarnya kak Linda request 50 biji apam ladybird & 50 biji apam polkadot.. .Sori kak Linda sebab tak baca mesej akak betul2, sib baik kak Linda tak kisah....TQVM
50 biji apam ladybird yang nie pulak tempahan dari Rosmawaty, juga jiran satu blok. Terdapat dua perisa iaitu filling strawberry & blueberry. Terima kasih Ros sebab setia menunggu giliran..hehehehe.
6 October 2011
Apam Polkadot, Strawberry &Ladybird
sebelum kukus
selepas kukus
Hari nie mood terlebih rajin, so nak try buat apam polkadot. Dah lama sebenarnya mengidam nak buat apam nie ( dulu dah penah buat, tp x jadik..!). Tambahan pulak kt fb sekarang dah macam2 design yang muncul...cantik & comel2 belaka, tu yang tambah teruja nak mencuba apam nih...hihihihi
Maka terhasil lah apam polkadot versi ladybird & stoberi ...hasil pencarian dari satu website ke satu website. Resepi kebanyakan menggunakan resepi yang sama tapi hasilnya mungkin sedikit berbeza. Seperti yang saya hasilkan nie, tak berapa cantik sebab menggunakan acuan tart dan bukan acuan kuih lompang. Apam nie memang sedap & gebu tambahan ada filing blueberry kt dalam tu, memang x rugi mencuba.....
Saya sertakan resepi apam polkadot yang saya dapat dari laman web bakery2embroidery ...TQ.
Bahan2
3 biji telur (dari peti sejuk)
275g tepung gandum
220g gula castor
150ml susu segar/santan (saya menggunakan santan)
1 sudu teh baking powder ( saya menggunakan 2 sudu teh)
1 s/kecil ovalette
1s/teh essen vanilla
Filling - ikut citarasa sendiri (saya menggunakan blueberry filling)
Pewarna - ikut citarasa sendiri
Paper cup saiz S
1.Pukul telur, gula, essen vanilla & ovalette hingga kembang dengan kelajuan maksima.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil memutar hingga santan habis.
3. Tepung diayak terlebih dahulu dengan baking powder. Masukkan kedalam adunan tadi secara berperingkat dan pukul lagi hingga kembang.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan mengikut warna pilihan.
5. Menggunakan piping bag, picit sedikit adunan kedalam acuan diikuti filing dan tutup semula dengan lebihan adunan hingga keparas acuan. Lukis corak yang digemari.
6. Panaskan kukusan. Balut tutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan wap dari menitis keatas apam.
7. Kukus selama 10-15 ninit atau hingga masak.
1 October 2011
Kek Gitar
Let's rock babe....yeyey!!...Setelah asyik bertangguh, akhirnya dapat merealisasikan impian Zarif boy yang sibuk nakkan kek gitar nih....Terima kasih buat adik yang sudi menerbangkan acuan kek nie all the way from Sydney...
Payah juga nak handle kek bersaiz besar nih...phew!!...Nak keluarkan kek dari acuan satu hal, punyer lar payah (w/pun dah letak butter n tepung)...sampai terpatah bahagian kepala gitar tu...nasib baik bole repair lagi. Buat masa nie cukup lar untuk makan sendiri, rasanya belum bersedia untuk menerima tempahan kek bentuk gitar nih..Renyah ckit kejenya esp tang deco tuh..!!
Sebagai percubaan, saya buat coklat moist cake dengan salutan fresh cream (sekadar menghabiskan stok sedia ada)...Rasanya memang sedap tetapi kurang sesuai tuk dibuat deko kerana sifatnya yang mudah cair dan susah dibentuk. Buttercream/fondant adalah icing yang paling sesuai untuk mendeko kek sebegini. Kek akan tampak lebih cantik & menarik....
Yang pasti, untuk membuat kek yang berbentuk gitar memang memerlukan kesabaran dan mood yang ceria....
Subscribe to:
Posts (Atom)