23 October 2011

Kek Butter



Kek butter kali nie guna resepi mak. Kek yang mudah, ringkas & sedap lebih2 lagi kalau dimakan ketika masih panas...Nak cuba?? Saya sertakan resepinyer disini.....

KEK  BUTTER

1 cawan gula castor
1 cawan butter
1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan susu tepung


1. Tepung diayak bersama baking powder & susu tepung. Ketepikan.
2. Pukul gula & butter hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji, putar lagi.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sdikit dan gaul rata.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 40-45minit atau hingga masak. ( suhu bergantung pada oven masing2, saya hanya menggunakan suhu pada 160'c sahaja)

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment