29 January 2013

KEK KUKUS BUAH & CHEESE

Lama tak buat kek untuk makan sendiri...tetiba teringin la pulak...hihihihi. Kebetulan jumpa resepi kek yang agak mudah untuk dicuba dan nampak sedap, rasa tak sabar2 pulak nak cuba...dan ini lah hasilnya :

 
selepas dikukus...
 
 
 
 

Sebenarnya projek mengukus nie berlangsung kt kampung sempena cuti Thaipusam arituh. Asyik tak sempat nk buat kat umah sbb bz ngan kek2 tempahan.
 
Resepi yang saya share dari rakan fb nih mmg sedap & lemak cuma kurang gebus sbb menggunakan mixer kt kampung yang agak2 segan nk bekerja...huhuhuhu. Malas nak tunggu adunan gebu, saya tambahkan bahan2 lain, nasib baik tak bantat...huhuhuhu. Terima kasih Ainul Fitri atas resepi yang memang marvelous nie...
 
 
Pada yang berminat nak cuba, boleh try resepi kat bawah nih :



KEK KUKUS BUAH & CHEESE

Sumber : Che Zubaidah
Rujukan : Ainul Fitri


125g mentega
125g creamcheese ( Ainul guna 150g+100g mentega)
185g gula halus
3 biji telur
220g self raising flour
200g mixed fruit ( basuh & rendam semalaman dgn 2 sb air)
1 st esen vanilla
2 sb tepung gandum


1. Putar mentega, creamcheese & gula hingga lembut.
2. Masuk telur sebiji demi sebiji & esen vanilla dan putar lagi.
3. Masuk tepung naik sendiri & gaul rata dengan spatula.
4. Gaul mixed fruits dengan 2 sb tepung gandum dan masuk dalam adunan. Kacau lagi.
5. Sediakan loyang 8x8 inci yang telah digris dan dialas baking paper.
6. Tuang adunan dalam loyang & kukus selama 1 jam.


26 January 2013

Tempahan


Durian crepe
 
 
Blueberry crepe
 
 
 
Tempahan durian & blueberry crepe dari neber, Su bagi pihak rakan2 ofis sebanyak 11 pek semuanya...tq Su.
 
Juga tempahan dari Kuyah sebanyak 10 pek untuk hari jualan dikolej beliau.
 
 
Dengan ini diumumkan bahawa tempahan durian crepe telah ditutup memandangkan musim durian telah sampai kepenghujung. Dah susah nak carik tokey durian kt area tempat saya nih. Kalau ada jual pun di Giant yang dah siap packed tapi sangat2 tak berbaloi....Pada penggemar durian crepe, kenalah tunggu musim yang akan datang yer...
 
 
Walaubagaimanapun, tempahan blueberry, strawberry & mango crepe masih dibuka seperti biasa dengan harga kekal sama, RM10 pack of 5.
 
 
 
 
50 pcs fruits tartlet...juga tempahan dari Kuyah....terima kasih.
 
 
 
 
Rainbow cake order dari Ct Najiah, Tmn Bt Muda...TQVM
 
 
 
 
 
Sebijik pavlova saiz 8" tempahan dari rakan sekolah, Azah Ahmad untuk meraikan birthday suami tersayang. Alhamdulillah bertemu lagi kami setelah hampir 23 tahun meninggalkan alam persekolahan.  Terima kasih atas tempahan.
 







 
 
Red Velvet yang sentiasa mendapat sambutan. Kali ini tempahan diterima dari Nina, Banjaria Courts.....TQ Nina.
 
 
 



5 January 2013

Tempahan

Pembuka tirai 2013...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada rakan taulan serta pengunjung2 Dapor Comel Delight. Alhamdulillah hampir 2 tahun Dapor Comel Delight telah beroperasi berkat sokongan dan doa dari rakan2 semua...terima kasih atas sokongan yang berterusan.

 
Tempahan pembuka tirai, mini pavlova...order Nurul Anne.
 
 
 Order dari regular customer, Khamisah...TQVM
 
 
Kek Red Velvet...order dari Zu, neber sebelah bagi pihak Salihin Consulting Group. Alhamdulillah good responsed from the customer....TQVM. Selain kek, Zu ada order 1 pek mini pavlova ( bagi pihak boss beliau)

Tempahan

Penutup tirai 2012...


 
 
 
 
 

Mini Pavlova...antara yang banyak mendapat permintaan saban minggu. Hampir tak menang tangan jugak dibuatnya.
 
 
Terima kasih pada yang sudi menempah, antaranya Azah Ahmad (bp rakan sepejabat..lupa lak namanya...hehehehe) order sebanyak 2 pek, Ramona (1 pek) dan kak Zai dr Batu Pahat ( mula2 order 1 pek pastu repeat order 2 pek).
 
 
Antara tempahan lain:
 
 
 
 
 
 
 
Durian crepe...juga antara yang banyak mendapat tempahan. Tak dapat dinyatakan nama sorang2 kt sini sebab ramai sangat yang menempah...apapun terima kasih diucapkan pada semua customer.
 
 
 

 
Agak lama jugak menyepi dari buat coklat nie...Alhamdulillah, baru2 nie dapat pulak tempahan dari regular customer, Anisah dari Teluk Panglima Garang. Kali nie beliau tempah coklat bouquet & apam polkadot bagi pihak sepupu beliau...terima kasih sekali lagi atas sokongan yang berterusan.


150 biji apam polkadot order dari Anisah & 100 biji dari Khamisah....TQVM