29 January 2013

KEK KUKUS BUAH & CHEESE

Lama tak buat kek untuk makan sendiri...tetiba teringin la pulak...hihihihi. Kebetulan jumpa resepi kek yang agak mudah untuk dicuba dan nampak sedap, rasa tak sabar2 pulak nak cuba...dan ini lah hasilnya :

 
selepas dikukus...
 
 
 
 

Sebenarnya projek mengukus nie berlangsung kt kampung sempena cuti Thaipusam arituh. Asyik tak sempat nk buat kat umah sbb bz ngan kek2 tempahan.
 
Resepi yang saya share dari rakan fb nih mmg sedap & lemak cuma kurang gebus sbb menggunakan mixer kt kampung yang agak2 segan nk bekerja...huhuhuhu. Malas nak tunggu adunan gebu, saya tambahkan bahan2 lain, nasib baik tak bantat...huhuhuhu. Terima kasih Ainul Fitri atas resepi yang memang marvelous nie...
 
 
Pada yang berminat nak cuba, boleh try resepi kat bawah nih :



KEK KUKUS BUAH & CHEESE

Sumber : Che Zubaidah
Rujukan : Ainul Fitri


125g mentega
125g creamcheese ( Ainul guna 150g+100g mentega)
185g gula halus
3 biji telur
220g self raising flour
200g mixed fruit ( basuh & rendam semalaman dgn 2 sb air)
1 st esen vanilla
2 sb tepung gandum


1. Putar mentega, creamcheese & gula hingga lembut.
2. Masuk telur sebiji demi sebiji & esen vanilla dan putar lagi.
3. Masuk tepung naik sendiri & gaul rata dengan spatula.
4. Gaul mixed fruits dengan 2 sb tepung gandum dan masuk dalam adunan. Kacau lagi.
5. Sediakan loyang 8x8 inci yang telah digris dan dialas baking paper.
6. Tuang adunan dalam loyang & kukus selama 1 jam.


No comments:

Post a Comment