14 February 2013

FRUITY CHEEZY CUPCAKE



Resepi yang saya rujuk dari buku Kek Cawan Lynn Hassan memang sangat mudah dan sedap. Kebetulan ada lebih mix fruit dan creamcheese kat dalam peti, godek2 buku masakan jumpa pulak resepi yang sangat ringkas ini. Pada saya resepi nie lebih kurang je dengan resepi kek buah cheese kukus yang pernah saya tempek sebelum nie sebab menggunakan bahan yang sama iaitu mixfruit dan creamcheese cuma berbeza bahan tepung. Jom kita semak resepi....
 
 
Rujukan/Resepi : Buku Kek Cawan Lynn Hassan
 
 
Bahan-bahan :
 
70gm mentega
70g cream cheese
70gm brown sugar
2 biji telur
1/2 sudu teh vanilla
80gm tepung halus (superfine)
20gm tepung roti ( saya guna tepung gandum)
1 sudu teh serbuk penaik
100g buah-buahan kering
 
 
 
1. Ayak tepung halus, tepung roti dan serbuk penaik. Gaulkan mix fruit, ketepikan ( saya cuci sekejap & tos)
 
2. Pukul creamcheese hingga lembut. Masukkan mentega dan brown sugar. Pukul lagi hingga gula hancur. Masuk telur satu per satu. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai kembang.
 
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul seketika sampai sebati.
 
4. Bakar pada suhu 170'c selama 25 minit.
 
 
 
Selamat Mencuba...
 
 



No comments:

Post a Comment