7 August 2015

Noxxa Pressure Cooker a.k.a Periuk Ajaib

Assalamualaikum. Lama sungguh saya tinggalkan rumah yang comel ini hingga bersawang jadiknya...huhuhu. Bukan tiada entry yang nak dikongsi ( kerap update di instagram atau fb ) tapi tahap kerajinan nak mengadap blog jatuh merudum...hukhuhkhuk. 

Tapi sejak bereksperimen dengan periuk noxxa baru-baru ini rasa teringin pulak nak berkongsi kat Dapor Comel Delight ni. 

Nak habaq mai memang ajaib sungguh lar periuk multi function noxxa keluaran Amway nih. Macam2 boleh buat tau....dari masak nasi, buat rendang, buat kek pun boleh ( yang ni tak try lagi )

Saya dengan cik noxxa ni belum lama pun, baru 2 minggu tapi dah macam2 jugak saya cuba dek kerana teruja. 

Ini antara koleksi ekperimen saya dengan cik noxxa :



Resepi pertama saya, masak lemak kulit lembu dan rebung madu. Baru 2 jam terima periuk terus kedapur bereksperimen....teruja lah katakan...hihihihi


Inilah rupa cik noxxa kesayangan saya tuh....


Masak pasta pun boleh. Hanya guna mode High Pressure (HP) 6 minit pasta masak lembut.

Kari ayam pun boleh. Ayam masak sekata dan kentang pun empuk elok.

Makan pulak dengan roti jala.....yummmsssss

Sup ayam. Pernah jugak try buat sup tulang lembu. HP 30 minit jer daging masak empuk. Tak payah nak berlama2 kt dapur. Senangkan!!

Bubur nasi pun boleh juga...

Yang ni projek terbaru dan masih panas lagi...Dodol durian in the house. Masak dalam masa 1 1/2 jam saja. Mudahnya hidupku....

Pada yang dah ada periuk ni jangan jadikan tukun pulak...rugi tau!. Highly recommended untuk ibu2 yang berkerjaya yang sentiasa berkejar2 dgn masa dan anak2 kecil. 

Dengan cik noxxa anda boleh buat pelbagai tugas dalam satu masa. Hanya set masa, biar noxxa bekerja dan anda boleh buat kerja2 lain...mencuci, mendobi, mandikan anak...pendek kata periuk noxxa ni pembantu yang sangat2 membantu.


Ok dulu buat masa ni. Ada masa saya kongsikan lagi pengalaman2 manis bersama cik noxxa berserta resepinya sekali.

Assalamualaikum & Bye2...

7 May 2015

BROWNIES

Assalamualaikum....

Atas permintaan, saya sertakan resepi Chewy Gooey Yummy Brownies yang saya buat bulan lepas. Ramai pulak yang suka kedut-kedut atas permukaan brownies...hehehehe. Ok lah jom semak resepi. Terlupa pulak resepi sapa sbb saya screenshot guna hp jer. Bila buat cropping ter crop sekali pengirim yang share resepi. Kalau tak silap resepi yang sama dikongsikan oleh Azlita Masam Manis.  Mintak halal yer...


Chewy Gooey Yummy Brownies

250g butter
400g coklat masakan ( saya guna coklat compound)
90g tepung gandum
50g serbuk koko
100g kekacang pilihan yg dipanggang cth : walnut dsb ( saya tak letak)
5 biji telur A
1 st esen vanilla
1 sb coklat emulco
250g brown sugar


1. Cairkan coklat & butter secara double-boiler.. Ketepikan dan biar sejuk.
2. Ayak tepung & serbuk koko. Campur kekacang yang telah dipanggang kedalam adunan tepung ( saya skip yang ini) Ketepikan.
3. Panaskan oven. Gris loyang dengan sedikit butter & alas dengan baking sheet ( Lebihkan setiap hujung kertas sehingga melebihi paras loyang) Saya guna loyang square 9x9
4. Dalam bekas lain, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco & brown sugar dengan whisker hingga gula larut.
5. Tuang adunan coklat cair tadi kedalam adunan. Kacau rata.
6. Dengan kadar segera, masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan. Kaup balik guna spatula.
7.  Bakar sehingga masak.




Kejadian sejurus lepas keluar oven. Nampak tak kedut2 yang seksi tuh? hihihhi





Versi yang telah dipotong. Dinasihatkan agar potong brownies ketika panas2 lagi agar tak retak seribu macam kat atas tuh....huhuhuh


Ambil masa jugak sebenarnya nak update entry kat blog nih. Saya bukan rajin sangat nak mengadap laptop hari2 tambahan pulak terpaksa berkongsi dengan anak2. Mintak maaflah yer pada yang ternanti2 resepi dari saya .....kelewatan yang selalunya tak disengajakan.

Resepi dah taip so selamat mencuba yer kawan-kawan...




23 April 2015

KEK CAWAN MADU

Assalamualaikum. Bertemu kembali kita disini. Begini lah kalau mood berblogging asyik kelaut...kadang rajin tapi lebihnya malas. camner tuh?

Ok lah terus aje ke resepi cupcake yang saya nak kongsikan ini. Resepi yang mudah tapi sedap dan bahan2 pun mudah.  Buku resepi kek cawan Lynn Hassan masih menjadi pilihan saya kali ini. Sungguh, kebanyakan resepi yang dah saya cuba melalui buku ini tidak pernah mengecewakan. Jom semak.


KEK CAWAN MADU
Resepi : Lynn Hassan

Bahan-bahan :

110g mentega
80g gula perang
25g madu
2 biji telur
130g tepung superfine
1/2 st baking powder
2  sb susu segar
40g coklat chip
1 st esen vanilla ( sy tambah)

Cara membuat :

1. Putar mentega, gula & madu hingga sebati.
2.  Masuk telur satu2 dan pukul hingga kembang
3. Ayak tepung bersama baking powder. Gaul coklat chip kedlm tepung dan masukkan kedalam adunan tadi berserta susu. Kaup balik sekadar rata.
4. Sudukan kedalam acuan papercup dan bakar 180'c selama 25 minit ( suhu bergantung oven masing-masing yer)



Satu adunan boleh dapat 11 biji ( cawan muffin). Saya buat malam tadi tp menjelang pagi dah habis. Sebelum sarapan saya godek lagi 1 adunan tapi kali ni saya gantikan coklat chip dengan mix fruit ( coklat chip abis lar pulak).






Kejadian malam tadi....habis coklat chip kena tebuk dengan anak dara tecik. Haissssh budak nie...sabo jer lah.

3 April 2015

KEK KUKUS BUAH MUDAH

Assalamualaikum....berjumpa lagi kita disini. 

Hari ini nak share sebijik kek kukus yang mudah namun sedap yang saya godek tempohari. Ini hasilnya :




Resepi mudah & bahan2 pun senang ( kebetulan mix fruits  raya taun lepas ada dlm peti....nasib baik belum expired....hehehe) maka projek pun berjalan dengan lancarnya....hihihi


KEK KUKUS BUAH
Rujukan : Resepi Sedap Air Tangan Ibu ( fb)

250g butter
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan mixed fruits ( lebih pun sedap)
1/2 cawan sunquick
*3 cawan tepung naik sendiri
*1 st soda bikarbonat
*1 st baking powder
1 cawan air suam


1. Ayak bersama bahan2 bertanda *. Ketepikan.
2. Masak butter, susu pekat & air. Bila cair matikan api.
3. Masukkan mixed fruit & sunquick. Gaul rata dan biarkan sejuk.
4. Masukkan tepung & gaul sebati perlahan2.
5. Kukus selama 1 jam
Sesuai dijadikan juadah minum petang. Jom godek resepi.





29 March 2015

Alhamdulillah...kini Dapor Comel Delight kembali bersiaran setelah berehat hampir setahun yang lalu. Rindu? Memang sangat rindu nak berblogging semula walaupun saya tak punyer ramai follower tapi masih ada yang sudi menjadikan rujukan atau sekadar menyinggah....terima kasih.


Sebagai pembuka tirai saya tampilkan sebijik kek buat  permata hati tersayang sibongsu Nur Zulaikha Kaswari yang ke 3 tahun bertemakan frozen.




Sempat lagi final touch-up sebelum potong kek


Kek chessy fruity atau kek span yg dilapisi fruit koktel dan cheese serta keseluruhan kek yang disaluti fresh cream....heaven kan?

Kali terakhir saya buat kek ni 3 taun lepas kalau tak silap. Punyalah lama....tu yang teringin nak buat semula takut hilang skill....hihihi


Happy Birthday Zulaikha cayang....taun lepas upin ipin, taun ni frozen....taun depan ntah apa la pulak yer....