17 May 2011

Sponge Cake


fresh from oven....


selepas touch up.....

nampak tak lapisan creamcheese di tengah2 tu...
Cake Flavour : Sponge Cake + creamcheese
frosting : topping cream
topping deco : grated cheddar cheese


Sponge cake @ cheesecake labuan....kek yang sangat popular di labuan!..Terima kasih pada teman FB, kak Fadillahtulakmaliah yg sudi berkongsi resepi serta bersusah payah 'menerbangkan'  1kg tepung optima untuk saya try test...memang sangat berbaloi mencuba nye.....

LABUAN CHEESECAKE

Bahan -bahan :
250g tepung optima/sponge mix
4 biji telur
2 sudu teh minyak jagung/minyak masak
sedikit esen vanilla
1. Putar telur hingga kembang n gebu. masukkan essen vanilla.
2. Masukkan minyak masak n pukul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit2 & kacau  rata.
4. Bakar pada suhu 180'c selama 40 minit atau hingga masak ( suhu bergantung pada oven masing2)

Bahan topping
250g creamcheese
1/2 cawan susu pekat

- kedua2 bahan nih diputar rata.

Selepas kek siap dibakar, sejukkan sebentar. Potong kek kepada 2 bahagian dan lapiskan dengan creamcheese tadi. Salut keseluruhan kek dengan baki creamcheese ( saya guna topping cream...sedap juga). Biarkan sejuk didalam peti ais 1-2 jam.
Keluarkan dan hiaskan dengan parutan cheddar cheese diatas kek ( boleh juga salut seluruh kek).
Sedia untuk dihidang.....selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment