28 June 2012

Pavlova



Nampak saja stoberi tu dah meleleh air liur kan....hehhehe...Ini lah sejenis dessert yang orang dok panggil PAVLOVA....nama pun dah macam diva belum citer pasal rasa lagi tuh......

Saya geram nak menerai benda alah lepas ramai rakan2 fb dan bloggers yg berlumba2 buat pavlova....macam satu sindrom lak...hihiihihih. Kalau x lama dulu orang sibuk dengan macaron, pastu rainbow cake, lar ni pavlola dan terbaru cake in a jar...

Secara ringkas, pavlova ni rasa x jauh beza ngan macaron sebab menggunakan base yang sama iaitu 'meringue' cuma bezanyer macaron ada campuran serbuk badam...crust outside n chewy inside. Tambah enak bila digandingkan dengan fresh cream dan ditaburi buah-buahan segar.....yummmmy!! Tapi AMARAN... x leh makan selalu sebab manis sangat dan x elok untuk kesihatan...( saya ni pandai cakap jew, tapi kalau dah kt depan mata..hari2 pun bedal....huhuhuhuu)

Rasanya tak perlu lah saya bercerita panjang mengenai pavlova nie sebab dah ramai gak bloggers yang dah terangkan secara terperinci tentang pavlova nie...saya ni umpama 'memeriahkan majlis' jew atau lebih tepat 'tukang sibuk'...hehhehehe

Pada yang nak mencuba, saya sertakan resepi nyer disini....Rata2 resepi pavlova menggunakan resepi yang sama. Saya sendiri tak ingat resepi mana yg saya ikut sebab dah banyak sangat buat rujukan. Kalau x silap, resepi asal pavlova ni adalah dari Joy of baking...you all boleh tengok sendiri ok...



PAVLOVA

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor ( resepi asal guna 1 cawan)
1/2 st cuka
1 st esen vanilla
2 sb tepung jagung
1 1/2 cawan fresh cream ( saya agak2 jew)
Fresh fruits (e.g: strawberry, kiwi, anggur dll)

1. Pukul putih telur hingga kental or soft peak.
2. Tambah gula sedikit2 sambil putar dengan kelajuan high speed hingga adunan menjadi stiff peak ( adunan bertanduk dan x jatuh bila mangkuk pengadun diterbalikkan)
3. Masukkan esen vanilla, cuka & tepung jagung. Menggunakan spatula, kaup-balik adunan hingga rata.
4. Lukis bulatan diatas baking sheet ( saya guna ukuran loyang 7").
5. Letak adunan diatas nya. ratakan. (tips : sapu sedikit butter dipermukaan baking sheet untuk elak meringue melekat bila dah masak nanti)
6. Bakar pada suhu 150'c selama 1jam 15 minit hingga masak. ( ini menggunakan oven saya, oven anda mungkin sedikit berbeza suhu nya)
7. Setelah masak, tutup api dan renggangkan sedikit pintu oven. Biar meringue sejuk dalam tuh.


Inilah rupa meringue sebelum dibakar. Bentukkan supaya bahagian lebih tinggi sedikit dr bahagian dalam ( macam buat benteng..)



Meringue yang dah siap dibakar. Cara nak tentukan meringue masak, tekan bahagian kulit luar dan ia akan merekah sedikit tetapi masih lembut dibahagian dalam.



Pavlova yang siap dihias.


Opps...terlupa lak nak bagitau cara2 nak buat whipping cream tu. (faktor usia, tu sebab pelupa sikit...hehhehehe). Saya hanya menggunakan whiping cream yang dipukul kental (soft peak) tanpa tambahan gula dan essen vanilla. Pada saya, meringue tu dah manis ditambah pulak dengan fresh cream yang memang dah sedia manis so kalau tambah gula pulak.....alamak, sure manis giler punyer....


Antara jenama whipping cream yang sering saya guna.


Pavlova selepas dipotong...alamak terlebih la pulak krimnyer....huhuuhu..so kalau you all buat nanti, agak2 lah nak whipping cream tu yer...hehhehe


19 June 2012

Tempahan


Kek coklat moist....tempahan dari neber, Sue bagi pihak sepupu. Terima kasih..(lupa lak nak tanya nama customer ni masa collect kek tadi....ish3)

17 June 2012

Santai.....


Majlis makan2 bersama jiran tetangga....


Ahad lepas, blok c buat makan2 lagi ( agenda biasa sebenarnye nih...heheheh)....kebetulan jatuh pada hari Bapa, 17 June 2012. So terdetik nak surprisekan kaum bapa dengan kek. Selain marble cheesecake sebagai dessert,  maka terhasil lah kek Red Velvet untuk meraikan depa sume yg bergelar ayah, abah, babah, papa atau apa saja panggilan untuk mereka.


sebelum deko....


selepas deko....



wajah2 kegirangan si ayah yang diraikan...hehehhe

Agenda utama petang tu adalah makan2 sambil bersantai dengan jiran tetangga.Menu utama adalah nasi briyani kambing hasil sentuhan chef Usop dengan bantuan geng bapak2 n kaum ibu turut sama  membantu menjayakan majlis.. Terima kasih semua....



nasi briyani & ayam masak merah


dalca sayur , acar & briyani kambing



dessert tambahan....marble cheese brownies

 Alhamdulillah, majlis berjalan lancar n siap tapau lauk untuk malam lagik...hihihihi. Terima kasih sekali lagi pada jiran2 semua...InsyaAllah, ada rezeki kita buat makan2 lagi yer...

1 June 2012

Tempahan


Cuppies hantaran tema oren & hitam tempahan dari kazen, Maya untuk perkahwinan adik beliau Hanim. Terima kasih Maya & tahniah Hanim, semoga kekal bahagia hingga keanak cucu..

Tempahan


Setelah hampir 3 bulan tak bersiaran kerana berpantang anak ke-4, ini lah kek tempahan saya yang pertama, 2 biji kek coklat moist. Tempahan nie datangnya dari Moksu, Tmn melati untuk buat makan-makan sempena perkahwinan anak beliau esok. Terima kasih yer Moksu, harap berpuashati.

Pada mulanya saya enggan terima sebarang tempahan sejak ada komitmen dengan sikecil nie tapi selepas puas dipujuk Moksu, saya terima jugak demi Moksu..heheheh. Asalnya moksu nak order 10 bijik tp takut tak terbuat, saya cuma buat 2 biji untuk beliau. Ada rezeki, lain kali boleh order lagi dengan saya yer...terima kasih sekali lagi dan tahniah kerana dapat menantu baru.