Majlis makan2 bersama jiran tetangga....
Ahad lepas, blok c buat makan2 lagi ( agenda biasa sebenarnye nih...heheheh)....kebetulan jatuh pada hari Bapa, 17 June 2012. So terdetik nak surprisekan kaum bapa dengan kek. Selain marble cheesecake sebagai dessert, maka terhasil lah kek Red Velvet untuk meraikan depa sume yg bergelar ayah, abah, babah, papa atau apa saja panggilan untuk mereka.
sebelum deko....
selepas deko....
wajah2 kegirangan si ayah yang diraikan...hehehhe
Agenda utama petang tu adalah makan2 sambil bersantai dengan jiran tetangga.Menu utama adalah nasi briyani kambing hasil sentuhan chef Usop dengan bantuan geng bapak2 n kaum ibu turut sama membantu menjayakan majlis.. Terima kasih semua....
nasi briyani & ayam masak merah
dalca sayur , acar & briyani kambing
dessert tambahan....marble cheese brownies
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar n siap tapau lauk untuk malam lagik...hihihihi. Terima kasih sekali lagi pada jiran2 semua...InsyaAllah, ada rezeki kita buat makan2 lagi yer...
No comments:
Post a Comment