28 June 2012

Pavlova



Nampak saja stoberi tu dah meleleh air liur kan....hehhehe...Ini lah sejenis dessert yang orang dok panggil PAVLOVA....nama pun dah macam diva belum citer pasal rasa lagi tuh......

Saya geram nak menerai benda alah lepas ramai rakan2 fb dan bloggers yg berlumba2 buat pavlova....macam satu sindrom lak...hihiihihih. Kalau x lama dulu orang sibuk dengan macaron, pastu rainbow cake, lar ni pavlola dan terbaru cake in a jar...

Secara ringkas, pavlova ni rasa x jauh beza ngan macaron sebab menggunakan base yang sama iaitu 'meringue' cuma bezanyer macaron ada campuran serbuk badam...crust outside n chewy inside. Tambah enak bila digandingkan dengan fresh cream dan ditaburi buah-buahan segar.....yummmmy!! Tapi AMARAN... x leh makan selalu sebab manis sangat dan x elok untuk kesihatan...( saya ni pandai cakap jew, tapi kalau dah kt depan mata..hari2 pun bedal....huhuhuhuu)

Rasanya tak perlu lah saya bercerita panjang mengenai pavlova nie sebab dah ramai gak bloggers yang dah terangkan secara terperinci tentang pavlova nie...saya ni umpama 'memeriahkan majlis' jew atau lebih tepat 'tukang sibuk'...hehhehehe

Pada yang nak mencuba, saya sertakan resepi nyer disini....Rata2 resepi pavlova menggunakan resepi yang sama. Saya sendiri tak ingat resepi mana yg saya ikut sebab dah banyak sangat buat rujukan. Kalau x silap, resepi asal pavlova ni adalah dari Joy of baking...you all boleh tengok sendiri ok...



PAVLOVA

4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor ( resepi asal guna 1 cawan)
1/2 st cuka
1 st esen vanilla
2 sb tepung jagung
1 1/2 cawan fresh cream ( saya agak2 jew)
Fresh fruits (e.g: strawberry, kiwi, anggur dll)

1. Pukul putih telur hingga kental or soft peak.
2. Tambah gula sedikit2 sambil putar dengan kelajuan high speed hingga adunan menjadi stiff peak ( adunan bertanduk dan x jatuh bila mangkuk pengadun diterbalikkan)
3. Masukkan esen vanilla, cuka & tepung jagung. Menggunakan spatula, kaup-balik adunan hingga rata.
4. Lukis bulatan diatas baking sheet ( saya guna ukuran loyang 7").
5. Letak adunan diatas nya. ratakan. (tips : sapu sedikit butter dipermukaan baking sheet untuk elak meringue melekat bila dah masak nanti)
6. Bakar pada suhu 150'c selama 1jam 15 minit hingga masak. ( ini menggunakan oven saya, oven anda mungkin sedikit berbeza suhu nya)
7. Setelah masak, tutup api dan renggangkan sedikit pintu oven. Biar meringue sejuk dalam tuh.


Inilah rupa meringue sebelum dibakar. Bentukkan supaya bahagian lebih tinggi sedikit dr bahagian dalam ( macam buat benteng..)



Meringue yang dah siap dibakar. Cara nak tentukan meringue masak, tekan bahagian kulit luar dan ia akan merekah sedikit tetapi masih lembut dibahagian dalam.



Pavlova yang siap dihias.


Opps...terlupa lak nak bagitau cara2 nak buat whipping cream tu. (faktor usia, tu sebab pelupa sikit...hehhehehe). Saya hanya menggunakan whiping cream yang dipukul kental (soft peak) tanpa tambahan gula dan essen vanilla. Pada saya, meringue tu dah manis ditambah pulak dengan fresh cream yang memang dah sedia manis so kalau tambah gula pulak.....alamak, sure manis giler punyer....


Antara jenama whipping cream yang sering saya guna.


Pavlova selepas dipotong...alamak terlebih la pulak krimnyer....huhuuhu..so kalau you all buat nanti, agak2 lah nak whipping cream tu yer...hehhehe


No comments:

Post a Comment