20 July 2012

Seasonal Fruit Bread Pudding

Seasonal Fruit Bread Pudding...panjang sungguh nama manisan nie tapi x kisah lah yang penting SEDAP!!...hhehehhehe...Dessert kali ni adalah hasil terjah dari blogger tersohor masakini sape lagi kalau bukan cik Azlita kita dari Masam Manis...

Teruja sungguh dengan kejadian puding dari Ita membuat kan hati saya meruntun2 nak cuba ....dan ini lah hasilnyer ( walaupun  rupa  x secantik empunya resepi tapi cukup membuat seluruh keluarga tersenyum menikmatinya....hiihihiih). Terima kasih cik Ita atas resepi puding yang mudah dan sedp nih...memang sesuai untuk melayan tekak ketika berbuka nanti.


 baru kuar oven.....panas lagiiii...


setelah diterbalikkan....mmmmm...yummy!!


yang ni saya punyer tauuuu......heheheh



Jom semak resepi yang saya copy n paste dari blog Azlita Masam Manis...



SEASONAL FRUIT BREAD PUDDING Mula-mula kita sediakan karamel dahulu

1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian.
Biarkan seketika.

Puding

    6 keping roti sandwic ~ di buang tepinya yang keras
    1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
    1/2 cawan double cream (saya gantikan dengan thickened cream)
    1/4 cawan susu pekat ~ ita gantikan gula dengan susu pekat
    1 sk esen vanilla
    1 biji lemon parut kulitnya sahaja
    3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

    10-15 Raspberries ~ potong dadu

    10 Cherries ~ potong dadu

    10-15 Blueberry ~ potong dadu
     
    - saya gantikan dengan fruit koktel

    chocolate chips

    Panaskan susu, agak-agak suam aje.
    Kemudian satukan susu, roti, susu pekat, esen vanila dan kisar dalam blender hingga hancur dan sebati.
    Kemudian masukkan dauble cream dan kacau rata.
    Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
    Kemudian masukkan buah-buahan yang telah di dadu tadi

    Tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
    Taburkan coklat chip di atasnya.
    Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas.
    Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
    Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
    Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
    Hidangkan sebagai pelengkap sajian bersama ice cream, buah-buahan atau sos caramel.

    Cuma saya tak ikut bulat2 resepi diatas kerana kekurangan bahan2 tertentu seperti double cream, hirisan kulit lemon. Saya juga gantikan buah-buahan berries dengan fruit koktel (itu jew yg senang dapat kt pasaraya...hihihhi) tapi saya gerenti rasanyer tetap marveloussss....jom try buat.

    Puding Trifle

    Sebelum memulakan bicara, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan2 blogger dan seluruh umat islam amnya. Sedar x sedar kita dah pun berada dibulan Ramadan al-Mubarak ini, semoga amalan kita mendapat berkat dariNya..InsyaAllah.

    Ok lah berbalik pada tajuk utama, setelah agak lama tak update blog, kali ini mulakan dengan entry pertama iaitu Puding Trifle. Saya percaya ramai pernah dan pakar dalam buat puding ni cuma saya yang agak ketinggalan keretapi sebab baru nak mencuba puding yang ternyata sangat2 sedap ini....


    Puding pertama saya menggunakan resepi dari rakan fb Ell Joella...terima kasih L kerana sudi tunjuk step-by-step cara buat pudding nie. Cara L, lapisan pertama kek swiss roll diikuti taburan fruit koktel seterusnya bancuhan kastard dan terakhir ialah lapisan jelly.




    Puding ke-2 saya buat...kali nie menggunakan buah-buahan segar seperti stoberi n kiwi. Adoyai, tengok pun x leh tahan kannnn.....heheheheh. Cuma bezanya kali ini saya menggunakan resepi dar sumber pak google (mintak maaf terlupa resepi dari blog sape, tapi rata2 menggunakan resepi n sukatan yang sama) mintak halal dari tuan punya resepi sebenarnya yer...

    Bezanya kali ini lapisan ke-2 ialah kastard, fruit koktel dan jelly n saya saje tambah storberi n kiwi untuk menarik perhatian...hehehhehe.  Kalau you all perasan, puding pertama tu saya guna jelly Nona perisa stoberi dan puding kedua saya guna perisa oren (kes x der perisa stoberi...). Terpulang lah pada you all nak guna perisa apa......janji sodap!...hihiihih

    Penat dah citer panjang2 nih, jom kita intai resepi pulak....


    PUDING TRIFLE
    Sumber : Website


    Bahan-bahan:
     
    1 gulung kek swiss roll (boleh jugak guna apa2 kek kalau suka)
    1 tin susu cair
    1 tin air (ikut sukatan tin susu cair td)
    1 tin fruit koktel (tos  & simpan airnya)
    4 sb tepung kastard (membukit)
    5-7 sb gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis, tp pd saya sukatan ni dah ok)
    Serbuk jelly Nona perisa Stoberi ( boleh guna apa2 perisa ikut suka ok)


    1. Susun potongan swiss roll didalam bekas yang sesuai. Ketepikan.

    2. Panaskan susu cair, 1 tin air (termasuk air lebihan friut koktel td) dan gula hingga mendidih.

    3.. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan satukan dengan susu cair tadi. Kacau sentiasa hingga agak pekat.

    4. Curah keatas lapisan kek tadi.

    5. Setelah kastard sedikit mengeras, taburkan fruit koktel diatasnya.

    6. Proses terakhir, masak jelly ikut arahan pada kotak. Curah keatas lapisan fruit koktel tadi dan chilled 3-4 jam. Sedap dimakan dengan whipping cream atau ice cream tapi pd saya makan camtu jew pun dah sedap!!...hhiihihi

    So tunggu apalagi, selamat mencuba....




    8 July 2012

    Tempahan




    Kek coklat moist 10" dengan choc ganache....tempahan dari neber, Liza untuk anak beliau Aiman, 3 tahun. Birthday boy request gamba angry bird sebenonya tp x de stok pulak kt bakeri arituh so terpaksa gantikan ngan Ben 10 tp Aiman tetap enjoy....thank you Aiman n mama Liza..