20 July 2012

Puding Trifle

Sebelum memulakan bicara, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan2 blogger dan seluruh umat islam amnya. Sedar x sedar kita dah pun berada dibulan Ramadan al-Mubarak ini, semoga amalan kita mendapat berkat dariNya..InsyaAllah.

Ok lah berbalik pada tajuk utama, setelah agak lama tak update blog, kali ini mulakan dengan entry pertama iaitu Puding Trifle. Saya percaya ramai pernah dan pakar dalam buat puding ni cuma saya yang agak ketinggalan keretapi sebab baru nak mencuba puding yang ternyata sangat2 sedap ini....


Puding pertama saya menggunakan resepi dari rakan fb Ell Joella...terima kasih L kerana sudi tunjuk step-by-step cara buat pudding nie. Cara L, lapisan pertama kek swiss roll diikuti taburan fruit koktel seterusnya bancuhan kastard dan terakhir ialah lapisan jelly.




Puding ke-2 saya buat...kali nie menggunakan buah-buahan segar seperti stoberi n kiwi. Adoyai, tengok pun x leh tahan kannnn.....heheheheh. Cuma bezanya kali ini saya menggunakan resepi dar sumber pak google (mintak maaf terlupa resepi dari blog sape, tapi rata2 menggunakan resepi n sukatan yang sama) mintak halal dari tuan punya resepi sebenarnya yer...

Bezanya kali ini lapisan ke-2 ialah kastard, fruit koktel dan jelly n saya saje tambah storberi n kiwi untuk menarik perhatian...hehehhehe.  Kalau you all perasan, puding pertama tu saya guna jelly Nona perisa stoberi dan puding kedua saya guna perisa oren (kes x der perisa stoberi...). Terpulang lah pada you all nak guna perisa apa......janji sodap!...hihiihih

Penat dah citer panjang2 nih, jom kita intai resepi pulak....


PUDING TRIFLE
Sumber : Website


Bahan-bahan:
 
1 gulung kek swiss roll (boleh jugak guna apa2 kek kalau suka)
1 tin susu cair
1 tin air (ikut sukatan tin susu cair td)
1 tin fruit koktel (tos  & simpan airnya)
4 sb tepung kastard (membukit)
5-7 sb gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis, tp pd saya sukatan ni dah ok)
Serbuk jelly Nona perisa Stoberi ( boleh guna apa2 perisa ikut suka ok)


1. Susun potongan swiss roll didalam bekas yang sesuai. Ketepikan.

2. Panaskan susu cair, 1 tin air (termasuk air lebihan friut koktel td) dan gula hingga mendidih.

3.. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan satukan dengan susu cair tadi. Kacau sentiasa hingga agak pekat.

4. Curah keatas lapisan kek tadi.

5. Setelah kastard sedikit mengeras, taburkan fruit koktel diatasnya.

6. Proses terakhir, masak jelly ikut arahan pada kotak. Curah keatas lapisan fruit koktel tadi dan chilled 3-4 jam. Sedap dimakan dengan whipping cream atau ice cream tapi pd saya makan camtu jew pun dah sedap!!...hhiihihi

So tunggu apalagi, selamat mencuba....




No comments:

Post a Comment