3 September 2012

Marble Cake


Kek yang rata-rata ramai yang tahu dan mahir membuatnyer..Saya sendiri penah buat pelbagai versi kek marble nih. Kali ni saya nak share resepi kek marble a.k.a kek zebra yang saya dapat dari che Zubaidah. Dah 2-3 kali gak saya attend class che Zu ni dan ilmu yang saya dapat memang sangat2 berbaloi. Walaupun sekadar demo class tp chef Zu tak kedekut ilmu....semua pertanyaan dijawab dengan ihklas. TQ chef Zu.....kalau ada peluang lagi, memang saya nanti-nantikan  kelas chef Zubaidah ni...
 
 



dah macam kuda belang kan.....hihihiihihi
 
 
Tapi resepi yang saya kongsikan ini bukan dari kelas che Zubaidah yer....tapi dari blog rakan blogger, Maklang Azie.....
 


MARBLE CHOCOLATE CAKE
Rujukan : Maklang Azie
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan-bahan :

250g tepung naik sendiri
1 st baking powder ( sukat membumbung)
200g gula castor ( saya kurangkan -180g )
6 biji telur
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis
50g air / susu cair ( saya guna susu cair)
90g minyak / butter yg dicairkan ( saya guna butter)
2 sb choc emulco


Cara :
 
1. Ayak tepung + baking powder.
2. Pukul semua bahan ( kecuali minyak & choc emulco )sehingga gebu dan pekat -bertukar kaler putih.
3. Last sekali masukkan minyak dan gaul sebati guna whisker.
4. Ambil 1/4 adunan dan campurkan choc emulco.
5. Tuang adunan asal diselang-seli dengan adunan coklat tadi sehingga habis.
6. Bakar pada suhu 170'c selama 25 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment