29 March 2013

Zulaikha Birthday Cake

 
26 Mac 2013 arituh genap setahun umur Nur Zulaikha Kaswari, puteri saya yang bongsu.
Terasa cepat sangat masa berlalu...dari saat melahirkan, berpantang, bersengkang mata ditengah malam....kini semua itu menjadi kenangan manis yang terindah!


Khas untuk mu Zulaikha...(dia tak makan pun kek nie...hehehehhe)


 
Kebetulan ada lebihan creamcheese dari order yang lepas, dapat lar buat sebijik kek saiz 7" nie ( ngam2 untuk sebiji kek) cuma tambah choc ganache sikit. Buat saiz tecik jew...untuk makan anak-beranak...hihiihih

 
yang nie ibu punyer tau...
 
 
birthday girl....HAPPY BIRTHDAY SAYANG

25 March 2013

Tempahan



Birthday cake tempahan dari Safura. Kek coklat cheese indulgence tapi ada sikit kelainan sebab menggunakan kek coklat moist sbg base dan bukan kek span seperti kebiasaanya. Harap customer berpuashati dan mintak maaf jika ada yang terkurang yer...

21 March 2013

Chocolate Nutty Brownies




Resepi asal dari chef Anna Olson nie sebenarnya ialah Triple Chocolate Brownies tp memandangkan saya takder stok choc chips kt umah so saya gantikan dengan kekacang spt cashew nuts, almond & pistachio. Tak payah pening2 nak cari kacang2 nie bakery, saya beli snek kacang jenama Tong Garden tu jew..kedai runcit melambak...hehehhehe



Nie lar rhopa snek Tong Garden tuh ( bahagian atas terpotong la pulak...huhuhuhu). Kalau you all nak beli, pastikan beli lebih ok sebab yg sebungkus tu confirm masuk mulut dulu sebelum campak dalam brownies...hehehehehe
 
Kita tinggalkan Tong Garden, moh semak resepi yang telah saya translate ke bahasa melayu.
 
 
Resepi Asal : Chef Anna Olson
 
CHOCOLATE NUTTY BROWNIES ( tajuk asal : Triple Chocolate Brownies)
 
 
Bahan2 :
 
300g bittersweet/semisweet chocolate - chopped ( saya guna dark chocolate)
2/3 cup (150ml ) unsalted butter ( saya guna butter biasa yg bergaram)
3/4 cup(175ml) sugar
1 tsp vanilla extract
3 large eggs ( saya guna gred B)
1/2 cup (125ml) all-purpose flour/ tepung gandum
1/2 tsp salt ( saya abaikan sbb guna butter bergaram)
90g white choc chips ( saya tukarkan kepada nuts)
90g milk choc chips ( saya tukarkan kepada nuts)
1/4 tsp baking powder ( saya tambah)
 
* Kekacang yang saya gunakan : pistachio, almond & cashew nuts. Terpulang pada anda nak guna kacang2 lain pun ok.
 
Cara2 :
 
1. Panaskan oven 160'c ( suhu bergantung pd oven masing2 yer..)
2. Gris dan alas loyang 8-inch square  dengan baking sheet.
3. Cairkan coklat & butter menggunakan kaedah double-boiler. Gaul rata. Alihkan dari api, masukkan gula & esen vanilla.
4. Masukkan telur sebiji2. Seterusnya masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder.Kaup balik guna wooden spatula.
5.Akhir sekali, masukkan kekacang & gaul rata.
6. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak. Sejukkan sebelum dihidang.
 
 
 
 
Selamat Mencuba....





20 March 2013

Tempahan





Red Velvet tempahan dari regular customer, Khamisah b/p rakan beliau ( terlupa lak nama nya) t.kasih Nisa.

Kek Lapis Choco Horlicks





 
 
Kek lapis kukus kombinasi koko dan horlicks, sedap jugak. Agak moist dan rasa seakan2 puding batik marie tu. Rasanya tak perlu panjang lebar bercerita, jom semak resepi yang saya kongsi dari rakan facebook. Nak tau sedap ke idak, try ler buat yer...hihihihi
 
 
Resepi asal : Melia Meel (fb)
 
Bahan-bahan :
 
250g butter
1/2 cawan gula halus
5 biji  telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan tepung hongkong/ t.gandum
 
 
Cara2:
 
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris dan lapik loyang dengan baking sheet.
2. Pukul butter & gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu.
3. Masuk esen vanilla dan gaul sebati.
4. Masuk susu pekat dan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata guna spatula/senduk kayu. Bahagi adunan kpd 2 bahagian. ( 1 bahagian koko 1 bahagian horlicks).
5. Kukus lapisan pertama selama 6 minit diikuti lapisan seterusnya hingga habis. Lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
 
 
 
 


14 March 2013

Pemanggang Ajaib


Pemanggang Ajaib...memang ajaib sungguh lar. Dah lama sangat dok usha kuali pemanggang nih, tapi bila dibelek harga mak aiii...boleh tahan mahalnya. Terpaksa lah bertahan dengan kuali panggang ikan yg 'Ajaib' kt umah nie (kuali non-stick yang dah takder rhopa kuali...heheheheheh).




Bila syarikat Menang Glassware keluarkan produk ni, hati meronta-ronta nk beli tapi sampai kesudah tak beli jugak...huhuhuhuhu. Sampai lar baru2 ni biras dok citer pasal pemanggang ajaib yang baru dibeli terus confirm & mintak dia belikan satu. Yessss...barang diidam sudah berada dalam tangan.

Tak tunggu lama, esoknyer jugak saya try test menggunakan resepi yg disertakan sekali dengan set kuali ini. Jom tengok.....

Resepi pertama :


Daging Bistik Taj Mahal
 
 
Jauh datangnyer resepi nie, dari Taj Mahal nun....hehehehhee
 
Resepi asal : Shariza bt Sabtu
Bahan-bahan :
 
300g daging batang pinang (hiris setebal 1cm)
sebiji bawang besar (hiris bulat)
sebiji buah tomato (hiris bulat)
sebiji kentang (hiris bulat)
1 sb serbuk lada hitam ( perap bersama daging)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1/2 tin kecil kacang pis dan airnya ( saya tak guna sbb takder stok)
setangkai cili merah (hiris kasar)
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
 
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng hirisan kentang hingga kekuningan. ketepikan.
 
2. Tumis bawang besar dan tomato hingga agak layu. ketepikan.
 
3. Goreng daging yang telah diperap sehingga 1/2 masak. Masukkan semua sos tadi . Gaul rata dan masaka seketika.
 
4. Masukkan secawan air dan tutup pemanggang ajaib selama 10 minit dengan api kecil.
 
5. Apabila daging empuk, masukkan bawang, tomato dan kentang yg telah dirgoreng serta kacang pis dan cili merah. Gaul rata dan tutup lagi pemanggan ajaib.
 
6. Masak hingga agak kering. Sedia dihidang bersama roti atau nasi.
 
 
 
Resepi 2 :
 
 
 
Satay Ayam Serai 'Menang' dan Sos
 
Resepi asal : Haslina A Ghani
Bahan-bahan :
 
Bahan A
 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1/2 st serbuk lada sulah
 
Bahan B
 
 1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
 
 
250g isi ayam kisar
1/4 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk roti
1 sk serbuk ketumbar
1 sb gula pasir
1 sb gula merah
garam secukup rasa
 
10 btg serai ( dipotong 5-6 inci untuk dijadikan batang satay)
 
1. Bahan A ditumbuk halus, bahan B dicincang. Satukan semua bahan dan gaul rata. Perap selama 1-2 jam.
 
2. Ambil 1-2 sudu makan adunan ayam dan salutkan pada batang serai.
 
3. Panaskan pemanggang ajaib dan titiskan 2-3 titik minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa). Panggang ayam sehingga masak. Hidang bersama sos kegemaran.
 
 
Yang bestnya pemanggang ajaib bukan setakat memanggang saje tapi boleh buat kek jugak tau. tak percaya?? jom tengok nih....
 
 
 
 
 
 Kek pisang hasil dari pemanggang ajaib tuh. Memang ajaib kan...hihihihi
 
Resepi 3 :
 
Sumber : FB Chef and Charity Club with Smile
Resepi asal : Azlinda Abd Kadir
 
 
Bahan-bahan :
 
4 biji pisang sederhana besar - dilecek( saya guna pisang berangan)
3 biji telur sederhana besar (saya guna gred B)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)
1 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla
secubit garam
 
 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan pisang yang telah dilecek tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sehingga adunan sebati.
5. Masukkan adunan kedalam pemanggang ajaib dan bakar dengan api perlahan selama 20-30 minit.
 
 
Mudah bukan.....selepas ini pasti banyak lagi resepi2 akan saya cuba dengan menggunakan pemanggang ajaib ini. Anda bila lagi?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


13 March 2013

Birthday celebration

Ahad lepas celebrate birthday anak sedara, Zyad Boy yang ke-3 tahun. Baru berpeluang nak sambut birthday bersama sebab belum penah jumpa sejak Zyad boy lahir. Dulu menginap kt sydney dan baru2 nie kembali ke tanahair bersama family. Tak perlu lagi ibu rindu-rinduan lepas ni kan...hehehehhe
 
Khas buat birthday boy, saya buatkan Death by a chocolate cake dengan image Cars.



 
Ini lar dia birthday boy...comelkan.
 
 
kek ala-ala choc indulgence jugak nih tapi takder lapisan coklat mousse putih. Saya buat 2 lapisan jew (kes malas lar nih...hihihihi)

 
tak lupa juga main-dish dari pihak tuan rumah...NASI ARAB....sedap!!
 
To Muhammad Zyad bin Yazid, happy birthday to you sayang...semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat.
 
 
 

 
 

Tempahan




200 biji apam polkadot, repeat order dari regular customer, Anisah dari Teluk Panglima Garang. Terima kasih sebab sudi tempah dengan saya lagi. 

 
50 biji apam tempahan dari neber blok sebelah.
 
 

5 March 2013

BUTTER CHEESECAKE


Kali nie saya nak berkongsi satu lagi resepi cheese cake yang mudah tapi tentunya enak dan yang penting tak muak.



Resepi yang saya kongsikan dari facebook Buku Resepi oleh Muza Muzawati.
 
 
BUTTER CHEESECAKE
 
Sumber : Buku Resepi (Facebook)
Oleh : Muza Muzawati
 
 
Bahan-bahan :
 
160g butter
100g creamcheese ( saya lebihkan sedikit)
200g gula castor ( saya kurangkan - 180g)
5 biji telur Gred A  ( saya guna gred B) - asingkan putihnya
210g tepung naik sendiri
 
 
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'c. Sediakan loyang yang telah digris dan dialas dengan baking paper.
 
2. Masukkan butter, gula & creamcheese dalam mangkuk dan pukul hingga kembang.
 
3. Masukkan telur kuning satu persatu dan selebihnya telur putih kedalam adunan tadi.
 
4. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata.

5. Bakar selama 45 minit . Suhu bergantung pada oven masing2 yer.


Ini kek kali ke-2 yang saya buat atas permintaan anak2 sedara...Kali nie saya boh topping blueberry kat atas tuh...barulah mengancam sikit kan....hehehehehe.

Tempahan


 
16pcs vanila cupcake untuk hantaran, tempahan dari neber sama blok, Ani...t.kasih.


 
16pcs choc cuppies, tempahan dari Ain. Ain memang suka tempah cupcake yang bertema, kali nie beliau nak tema muslimah. Pertama kali guna teknik buttercream transfer.



Tempahan mini pavlova dari neber depan umah, Liza. Lama dah Liza order nih dari bulan january arituh kalo x silap...tapi teman 'rajin' bebenor nak buat....hehehhe. Tempahan pavlova  juga telah saya tutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Harap maklum...