17 November 2013

Roti dan Breadmaker

Assalamualaikum semua....

Sejak kebelakangan ni malas tul nak update blog, nape ntah...Tidak seperti biasa, ada saja resepi baru cepat2 nak boh N3. Penat menguruskan rumahtangga kot!..huhuhuhu
Ini pun saya gagahkan jugak sebab dah janji ngan kengkawan nak share resepi roti yang saya buat baru-baru ini. Sebenarnya minat nak meroti semula nie timbul selepas terjebak beli mesin breadmaker baru-baru nih.

Mula-mula saya join Kelab Roti kt fb. Masa tu BM brand Tesco tengah buat promosi dengan harga RM199 (harga sebenar RM299.00). Masing2 dok tayang mesin yang baru diorang beli. Sudah rezeki saya, dapat sambar sebiji beberapa hari sebelum promosi berakhir...Alhamdulillah.

Benda dah ada kat tangan, maka makin galak lah saya meroti. Dulu uli pakai tangan jer, dekat 40 minit...lenguh ler jugak...huhuhuhu. Sekarang sume hujung jari...hanya tekan  setting button yang berkenaan, sampai masa siap..mudah kan!



my new kitchen toy....



upacara perasmian...hehehehe

Roti pertama yang dihasilkan ialah roti loaf atau roti benggali...Mudah sangat buat roti loaf nih...campak semua bahan kedalam mesin, tekan program 'Basic'' dan mesin akan menguli, memerap dan membakar. Mengambil masa 2 jam 53 minit.



Roti bun ni pulak saya bakar menggunakan oven tapi BM yang menjalankan kerja2 menguli..


Bukan saja meroti tapi juga mendonat, buat pau dan macam2  lagi ikut kreativi masing2...




Saya menggunakan resepi asas roti yang saya ambil dari Kelab Roti dan saya sharekan disini :


Sumber : Kelab Roti
Resepi by : Pn Liza Othman


500g tepung roti (High protein) - atau gandingan 400g tepung roti+100g tepung gandum
100g gula castor
40g susu tepung
1 st bread improver
11gm yeast
1 biji telur + air sejuk =jadikan 265g (telur dipukul sedikit)
80g butter
1 st bread softener (saya abaikan)


Cara manual ( uli menggunakan tangan)

1. Campur bahan kering dan masuk bahan cecair.
2. Uli sebatikan dan masukkan butter. Uli lagi hingga doh licin dan elastik.
3. Perap 30 minit. Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
4. Bentukkan dan perap lagi hingga naik 2x ganda.
5. Bakar suhu 180'c selama 25 minit ( perlu diingatkan suhu bergantung pada oven masing2 yer)


Cara Breadmaker :

1. Masuk semua bahan, dimulai bahan cecair dahulu, diikuti bahan kering dan akhir sekali yis dibahagian atas. Tekan setting button yang sesuai ( boleh rujuk pada buku manual).

2. Untuk pembakaran melalui oven, keluarkan doh setelah selesai proses dari BM, bentukkan dan biar doh mengembang sekejap dalam 20 minit. Sedia untuk dibakar.




17 September 2013

Nutella Cheese Muffin

Lama sungguh tak update blog apatah lagi nak share resepi baru. Ini pun berkesempatan sekejap untuk projek terbaru, sessi menerai resepi baru...hihihihi. Nutella Cheese Muffin....dengar macam sedap tapi memang sedap pun tauuu...tak tipu..hihihihi







Nampak tak tu??...sedap kannn...kalau nak rasa kena try buat yer....hihihi. Jom skodeng resepi yang saya kongsi dari page Julia Recipe kat fb. Resepi asal dalam bahasa inggeris tapi telah saya terjemahkan kedalam b.melayu untuk lebih mudah faham.



NUTELLA CHEESE MUFFIN
Recipe : Julia Recipe


1 cawan nutella
62g tepung gandum/ tepung superfine
1 1/2 sb baking powder ( saya guna 1 st membukit shj)
2 biji telur
2 sb keju parut ( boleh guna apa2 keju - saya guna mozzarella)
2 sb susu segar
secubit garam


1. Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk lain, satukan semua bahan dan gaul rata. (saya guna senduk kayu sahaja)
3. Masukkan tepung tadi. Gaul hingga sebati sahaja.
4. Tuang kedalam mangkuk muffin sehingga 3/4 penuh.
5. Tabur kepingan badam ( saya guna badam cincang), coklat chip, raisin atau apa saja yang anda suka.
5. Bakar selama 20-25 minit.


Muffin yang enak sedia dinikmati. Selamat mencuba....




4 July 2013

Biskut Famous Amous Choc Chips

Lama sunggh tak update blog sementelah tiada tempahan baru juga untuk dimasukkan N3. Lagipun dah slow down sikit bab2 order nie sebab nak tumpukan perhatian pada anak kecil yang dah mula lasak dan manja. Baru nak pegang senduk, dia datang paut kat kaki...camner nak wat keje???..hukhukhuk..
 
Takper lah, kena lah berkorban sikit demi keselesaan si anak..Tunggu dia beso ckit baru boleh kayuh laju2...(kalau larat lerrrr...hehehheheh)
 
Cukup dulu pasal kerenah sikecil, kali nie saya nak berkongsi satu resepi cookies yang saya terjah dari blog kak wan Citarasawan (secara kebetulan terjumpa resepi nie). Resepi asal dari chef coklat yang terkenal tu sape lagi kalau bukan chef Ameer (belum berkesempatan nak jumpa kat kelas, InyaAllah suatu hari nanti...)
 
Terdapat sedikit kelainan  dalam resepi beliau kerana menggunakan cornflakes selain bahan2 asas yang lain seperti coklat cip dan badam. Jom semak resepi....






 
BISKUT FAMOUS AMOUS CHOC CHIPS

Sumber : blog Citarasawan
Resepi : Chef Ameer


Bahan A

200g mentega
50g shortening
70g gula pasir ( saya guna castor)
90g gula perang
1 sudu teh esen vanilla\
1 biji telur + 1 kuning telur +1 sudu besar susu cair


Bahan B

330g tepung gandum
10g serbuk koko
30g susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
- semua bahan2 nie diayak bersama, ketepikan.

100g choc chips
100g coklat susu/milk chocolate - disagat( sy guna dark chocolate)
80 almond nib ( sangai dulu)
60g conflakes (diramas kasar)


1. Pukul mentega, shortening & gula hingga berkrim. Masukkan esen vanilla & telur. Pukul sebati.
 
2. Gaul choc chips, coklat susu, badam & cornflakes bersama2 bahan yang diayak tadi hingga rata.
 
3. Masukkan adunan butter dan gaul lagi hingga menjadi doh yang lembut. Ambil sebesar ibu jari, bulat2 kan dan susun dalam dulang pembakar.
 
4. Bakar pada suhu 160'c selama 20-25minit.
 
 
 
Kesimpulannya, cookies ini sedap, rangup dan terlalu manis dan sangat sesuai untuk kudapan atau hidangan hari raya nanti. Selamat Mencuba....



5 June 2013

Florentine Crunchy Almond Cookies

Sana sini orang sibuk dok tayang cookies yang seglamour namanya, Florentine Crunchy Almond Cookies...tuuuu diaaa panjang sungguh nama dia...hehehehhe
 
Ternampak pulak kat blog sape lagi kalau bukan blogger masakan terkenal tu, puan Azlita Masam Manis kita tu. Selain menggunakan oven, beliau ada jugak tunjuk cara bakar guna pemanggang ajaib. Memang senang bangat resepi nie, campur gaul semuanya pastu bakar. Cuma kena modal lebih sikit lar sbb tepung mix tu mahal bebenor ditambah lagi dengan kepingan badam yang rasanya semua maklum harganya...
 
Tapi tak kisahlah, nak rasa punyer pasal (sambil pejam2 mata masa beli barang2 nih...huhuhuhu). Moh intai resepi yang saya copy dari blog Azlita Masam Manis ini.



 
sejurus lepas bakar..kena potong cepat2 ketika panas, kalo idak retak patah seribu lar jawabnya...hehehhe
 
 
dah siap untuk dingap..
 
 
sumber  : Azlita Aziz Masam Manis
 
Bahan-bahan :
 
200g tepung Florenta mix
200g badam keping
100g kuaci hitam
20g bijan hitam
 
 
1. Badam dan kuaci dipanggang sebentar selama 5 minit.
2. Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 160'c
3. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.
4. Bakar pada suhu selama 10 minit.
5. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan. Simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
Rasa dia lebih kurang macam kuih depang yang jual kat kedai2 runcit tu cuma kekacang tu yang buat berbeza rasanya. Untuk kekacang, terpulang pada citarasa masing2 nak letak apa...tepuk dada tanya selera..hihihihi. Ok lah, selamat mencuba...
 
 

 
 

Tempahan sepanjang minggu

 
 

Tempahan dari neber, Norafniza....50 bj mix apam dan kek red velvet. TQ Fiza.




150 bj mix apam : starwberry, blueberry & kiwi...tempahan dari Ina, Selayang.....TQ


 
 

Coklat hantaran pertunangan, tempahan dari Ieda, Pinggiran Bt.Caves..tq.




Coklat moist cake...tempahan khas dari neber, cik Wan sempena ulangtahun perkahwinan beliau...t.kasih cik Wan.

21 May 2013

KEK KUKUS KEJU OREO

Satu lagi resepi yang menarik yang saya kongsi dari rakan fb, Ainul Fitri (banyak jugak resepi beliau telah saya cuba dan semuanyer mmg sedappp..) iaitu Kek Kukus Keju Oreo. Mula2 nampak resepi ni kat blog Azlita Masam Manis dan tak sangka pulak resepi ni dah tersiar kat majalah RASA  bulan Mac 2013 arituh.



Mungkin gamba nie nampak kurang menggiurkan..maklum, cameraman amatur...huhuhuh tapi rasa memang yummy. Sempat jugak bagi jiran2 rasa dan diorang kata sodap!


KEK KUKUS KEJU OREO

Sumber/Rujukan : Azlita  Masam Manis
Resepi : Ainul Fitri

Bahan-bahan :

110g tepung naik sendiri
100g gula kastor (bahagi 2)
250g creamcheese
160ml susu cair
10 keping biskut oreo tanpa krim ( kisar/hancurkan)
4 biji telur ( asingkan putih dan kuning)
1 sudu makan coklat emulco
1 1/2 sudu teh serbuk nescafe segera (bancuh dengan air suam untuk jadikan pes)
1 sudu teh esen vanila

 
1. Pukul creamcheese bersama separuh gula kastor hingga lembut.
 
2. Masukkan kuning telur satu demi satu sambil diputar hingga kembang.
 
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu. Kacau rata.Masukkan esen vanila.
 
4. Didalam bekas berasingan, pukul putih telur hingga kembang. Masuk baki gula tadi dan pukul lagi hingga kental (bertanduk)
 
5. Masukkan 1/3 adunan putih telur (meringue) kedalam adunan creamcheese dan kaup balik hingga sebati.
 
6. Masukkan baki telur selebihnya dan kaup balik lagi hingga rata.
 
7. Ambil 1/3 adunan dan letak pes nescafe dan coklat emulco. Kacau rata.
 
8. Alas loyang 8 inci dengan kertas baking. Tuang separuh adunan putih dan ratakan. Masukkan separuh adunan nescafe, ratakan. Taburkan serbuk oreo secukupnya. Ulang langkah diatas sehingga habis.
 
9. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Selamat  Mencuba...



WHOOPIE PIE

 
Lama sudah nak buat whoopie pie nih semenjak rakan maya dok tayang kat fb dia. Aduhai terliuq ceq tau...Yang menjadikan terbantut nak buat pasal resepi step-by-step yg panjang berjela tuuu...Tak boleh jadik, kena buat gak nih.
 
Akhirnya hasil google dari Joy of Baking dan rakan fb, saudari Ainul Fitri tercapai jugak hasrat nak merasa whoopie pie nih. Terima kasih Ainul sbb berkongsi tips dan resepi.

 
 
Resepi asal menggunakan buttercream atau apa2 cream sebagai filling tapi saya ubah kepada butterscotch dan nutella. Kepada yang berminat, boleh rujuk resepi seperti dibawah yer..
 
 
Sumber/Rujukan : Joy of Baking dan Ainul Fitri
 
 
CHOCOLATE WHOOPIE PIE
 
1 3/4 cawan (230g) tepung gandum*
3/4 cawan (75g) serbuk koko*
1/4 sudu teh esen baking soda*
1 sudu teh esen vanila
- ayak bersama bahan2 bertanda *
 
3/4 cawan (170g) cawan mentega
3/4 cawan (150g) cawan gula castor
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan (60ml) buttermilk ( saya campurkan 1 sudu teh cuka+60ml susu segar dan biar 10 minit)
1/2 cawan (120ml) instant coffee/ air suam ( saya guna instant coffee)
 
 
FILLING : boleh guna choc ganache, buttercream, peanut butter atau nutella
 
 
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
 
2. Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla.
 
3. Didalam bekas lain, satukan buttermilk dan coffee/air suam.
 
4. Menggunakan kelajuan rendah, masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk (mulai dengan tepung akhiri dengan tepung juga)
 
5. Menggunakan ice-cream scoop/piping bag, paip adunan keatas dulang pembakar yang telah dialas kertas baking terlebih dahulu. Jarakkan anggaran 5cm.
 
6. Bakar selama 10-12 minit atau sehingga masak.
 
 
 
 


Blueberry Muffin


Dah lama sebenarnya buat muffin nie....awal bulan lepas lagi tapi baru berkesempatan nak masukkan N3 dalam blog ( macam lar sibuk sangattt...hahhahaha). Resepi yang saya google dari My Resepi tapi tak ingat siapa nama pengirim resepi ni...harap halal kan lah yer..

 
 
SUMBER : MY RESEPI
 
BAHAN-BAHAN : ( hasilkan lebih kurang 24 biji bergantung pada saiz muffin cup anda)
 
170g mentega
160g gula castor ( saya gantikan gula perang)
4 biji telur gred A
350g tepung gandum
20g baking powder ( saya letak 1 sudu teh membukit)
1 sudu teh esen vanilla
160ml susu segar ( susu cair pon boleh)
Blueberry filling
Badam keping untuk hiasan ( saya tak letak)
Muffin cup ( saya guna solo cup saiz 2.5oz)
 
 
1. Pukul mentega dan gula castor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
 
2. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan tepung kedalam adunan mentega berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
 
3. Sudukan sedikit adunan kedalam muffin cup. Isikan pula blueberry filling dan tambah lagi adunan muffin hingga 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit badam keping.
 
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 20-25 minit.
 


10 May 2013

SHEPARD PIE


Dari hari ke hari dok usha resepi, akhirnya berkesempatan jugak buat makanan barat nih...SHEPARD PIE. Gabungan kuah yang seakan-akan spagethi dan mashed potato...mmmm yummeh! Kita layan gamba dulu....


sebelum dibakar....
 
 
 
hot from oven
 
 
 
rhopa kat dalam tuh...
 
 
Pie ni biasanyer orang bakar dalam bekas casserole tu tapi memandangkan mangkuk2 kaca saya udah tersimpan rapi dalam storage (kes malas nak keluarkan...huhuhuhu) maka guna aje lah apa yang ada...loyang kek pun boleh...hehehhehe
 
 
Jom skodeng resepi yang saya kidnap dari rakan facebook, Chef Joha Hassan.....
 
 
 
Sumber /Resepi : Joha Hassan (facebook)
 
 
 
SHEPARD PIE
 
Bahan-bahan :
1kg daging kisar
2 labu bawang besar - dadu kecil (saya guna bawang holland)
1 batang lobak merah  (saya x bubuh coz budak2 x suke sayur)
4 ulas bawang putih - tumbuh halus (saya cincang halus)
1 inci halia - tumbuk halus
1 sb serbuk lada hitam
1 st serbuk ketumbar
cendawan butang (saya tambah)
1 tin tomato puri/tomato soup (200ml)
2 biji tomato (dadu kecil)
1 st serbuk pala ( saya x letak)
1 st serbuk kunyit
1 sb cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
2 tangkai daun sup - cincang halus
garam & gula secukup rasa
3 sb minyak zaitun (saya guna minyak biasa je)
 
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, ketumbar dan serbuk lada hitam hingga layu dan naik bau.
2. Masuk cili kisar. Gaul sebati dan biar masak.
3. Masuk daging cincang, tomato, tomato puree dan cendawan. Gaul sebati dan rasakan garam serta gula.
4. Masuk serbuk buah pala dan serbuk kunyit.
5. Masuk daun sup yang telah dicincang. Jika kering boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. Tutup api dan biar sejuk seketika.
6. Isikan 3/4 inti yang telah sejuk kedalam mangkuk casserole dan ratakan.
7. Letak topping dan ratakan. Lorek untuk menghasilkan corak cakaran menggunakan garfu.
8. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit. Perlu diingat suhu adalah bergantung mengikut oven masing2 yer..
 
 
Bahan untuk topping :
 
5 biji kentang Russet besar (rebus hingga empuk)
1 st serbuk lada hitam
2 st serbuk keju parmesan
2 biji telur
1/2 cawan susu lemak ( saya guna dutch lady fullcream milk)
3 sb butter
garam
 
-  Lenyek kentang hingga lumat. Gaulkan sume bahan hingga sebati. Siap
 
 
 
Selamat Mencuba....
 
 
 
 
 
 


Tempahan

Tempahan dari neber...



1/2 kg kek Red Velvet
 
 
 
Cheesetart and fruits tartlet
 
 

27 April 2013

Tempahan




Red Velvet tempahan dari neber, Ina. Nak bawak balik Muar coz nak celebrate birthday kat sana, katanya...TQ Ina



 
Keratan rentas red velvet selepas dipotong (gambar ehsan dari customer)

21 April 2013

Tempahan






Tempahan dari kawan lama, Teena Pattinson.....16pcs B&W choc moist cuppies dengan tema sesame street and apam polkadot. TQ Ina...

9 April 2013

Tempahan


 
 
Kek rainbow tempahan kedua dari neber untuk ofis beliau. Terima kasih Zue.
 
 
 
Saja gatai tangan nak touch up sikit sebelum hand-over kat customer. Bubuh 2 ekoq kupu2 ateh tuuuu....heheheheh
 

29 March 2013

Zulaikha Birthday Cake

 
26 Mac 2013 arituh genap setahun umur Nur Zulaikha Kaswari, puteri saya yang bongsu.
Terasa cepat sangat masa berlalu...dari saat melahirkan, berpantang, bersengkang mata ditengah malam....kini semua itu menjadi kenangan manis yang terindah!


Khas untuk mu Zulaikha...(dia tak makan pun kek nie...hehehehhe)


 
Kebetulan ada lebihan creamcheese dari order yang lepas, dapat lar buat sebijik kek saiz 7" nie ( ngam2 untuk sebiji kek) cuma tambah choc ganache sikit. Buat saiz tecik jew...untuk makan anak-beranak...hihiihih

 
yang nie ibu punyer tau...
 
 
birthday girl....HAPPY BIRTHDAY SAYANG

25 March 2013

Tempahan



Birthday cake tempahan dari Safura. Kek coklat cheese indulgence tapi ada sikit kelainan sebab menggunakan kek coklat moist sbg base dan bukan kek span seperti kebiasaanya. Harap customer berpuashati dan mintak maaf jika ada yang terkurang yer...

21 March 2013

Chocolate Nutty Brownies




Resepi asal dari chef Anna Olson nie sebenarnya ialah Triple Chocolate Brownies tp memandangkan saya takder stok choc chips kt umah so saya gantikan dengan kekacang spt cashew nuts, almond & pistachio. Tak payah pening2 nak cari kacang2 nie bakery, saya beli snek kacang jenama Tong Garden tu jew..kedai runcit melambak...hehehhehe



Nie lar rhopa snek Tong Garden tuh ( bahagian atas terpotong la pulak...huhuhuhu). Kalau you all nak beli, pastikan beli lebih ok sebab yg sebungkus tu confirm masuk mulut dulu sebelum campak dalam brownies...hehehehehe
 
Kita tinggalkan Tong Garden, moh semak resepi yang telah saya translate ke bahasa melayu.
 
 
Resepi Asal : Chef Anna Olson
 
CHOCOLATE NUTTY BROWNIES ( tajuk asal : Triple Chocolate Brownies)
 
 
Bahan2 :
 
300g bittersweet/semisweet chocolate - chopped ( saya guna dark chocolate)
2/3 cup (150ml ) unsalted butter ( saya guna butter biasa yg bergaram)
3/4 cup(175ml) sugar
1 tsp vanilla extract
3 large eggs ( saya guna gred B)
1/2 cup (125ml) all-purpose flour/ tepung gandum
1/2 tsp salt ( saya abaikan sbb guna butter bergaram)
90g white choc chips ( saya tukarkan kepada nuts)
90g milk choc chips ( saya tukarkan kepada nuts)
1/4 tsp baking powder ( saya tambah)
 
* Kekacang yang saya gunakan : pistachio, almond & cashew nuts. Terpulang pada anda nak guna kacang2 lain pun ok.
 
Cara2 :
 
1. Panaskan oven 160'c ( suhu bergantung pd oven masing2 yer..)
2. Gris dan alas loyang 8-inch square  dengan baking sheet.
3. Cairkan coklat & butter menggunakan kaedah double-boiler. Gaul rata. Alihkan dari api, masukkan gula & esen vanilla.
4. Masukkan telur sebiji2. Seterusnya masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder.Kaup balik guna wooden spatula.
5.Akhir sekali, masukkan kekacang & gaul rata.
6. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak. Sejukkan sebelum dihidang.
 
 
 
 
Selamat Mencuba....





20 March 2013

Tempahan





Red Velvet tempahan dari regular customer, Khamisah b/p rakan beliau ( terlupa lak nama nya) t.kasih Nisa.

Kek Lapis Choco Horlicks





 
 
Kek lapis kukus kombinasi koko dan horlicks, sedap jugak. Agak moist dan rasa seakan2 puding batik marie tu. Rasanya tak perlu panjang lebar bercerita, jom semak resepi yang saya kongsi dari rakan facebook. Nak tau sedap ke idak, try ler buat yer...hihihihi
 
 
Resepi asal : Melia Meel (fb)
 
Bahan-bahan :
 
250g butter
1/2 cawan gula halus
5 biji  telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan tepung hongkong/ t.gandum
 
 
Cara2:
 
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris dan lapik loyang dengan baking sheet.
2. Pukul butter & gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu.
3. Masuk esen vanilla dan gaul sebati.
4. Masuk susu pekat dan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata guna spatula/senduk kayu. Bahagi adunan kpd 2 bahagian. ( 1 bahagian koko 1 bahagian horlicks).
5. Kukus lapisan pertama selama 6 minit diikuti lapisan seterusnya hingga habis. Lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
 
 
 
 


14 March 2013

Pemanggang Ajaib


Pemanggang Ajaib...memang ajaib sungguh lar. Dah lama sangat dok usha kuali pemanggang nih, tapi bila dibelek harga mak aiii...boleh tahan mahalnya. Terpaksa lah bertahan dengan kuali panggang ikan yg 'Ajaib' kt umah nie (kuali non-stick yang dah takder rhopa kuali...heheheheheh).




Bila syarikat Menang Glassware keluarkan produk ni, hati meronta-ronta nk beli tapi sampai kesudah tak beli jugak...huhuhuhuhu. Sampai lar baru2 ni biras dok citer pasal pemanggang ajaib yang baru dibeli terus confirm & mintak dia belikan satu. Yessss...barang diidam sudah berada dalam tangan.

Tak tunggu lama, esoknyer jugak saya try test menggunakan resepi yg disertakan sekali dengan set kuali ini. Jom tengok.....

Resepi pertama :


Daging Bistik Taj Mahal
 
 
Jauh datangnyer resepi nie, dari Taj Mahal nun....hehehehhee
 
Resepi asal : Shariza bt Sabtu
Bahan-bahan :
 
300g daging batang pinang (hiris setebal 1cm)
sebiji bawang besar (hiris bulat)
sebiji buah tomato (hiris bulat)
sebiji kentang (hiris bulat)
1 sb serbuk lada hitam ( perap bersama daging)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
1/2 tin kecil kacang pis dan airnya ( saya tak guna sbb takder stok)
setangkai cili merah (hiris kasar)
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
 
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng hirisan kentang hingga kekuningan. ketepikan.
 
2. Tumis bawang besar dan tomato hingga agak layu. ketepikan.
 
3. Goreng daging yang telah diperap sehingga 1/2 masak. Masukkan semua sos tadi . Gaul rata dan masaka seketika.
 
4. Masukkan secawan air dan tutup pemanggang ajaib selama 10 minit dengan api kecil.
 
5. Apabila daging empuk, masukkan bawang, tomato dan kentang yg telah dirgoreng serta kacang pis dan cili merah. Gaul rata dan tutup lagi pemanggan ajaib.
 
6. Masak hingga agak kering. Sedia dihidang bersama roti atau nasi.
 
 
 
Resepi 2 :
 
 
 
Satay Ayam Serai 'Menang' dan Sos
 
Resepi asal : Haslina A Ghani
Bahan-bahan :
 
Bahan A
 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1/2 st serbuk lada sulah
 
Bahan B
 
 1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
 
 
250g isi ayam kisar
1/4 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk roti
1 sk serbuk ketumbar
1 sb gula pasir
1 sb gula merah
garam secukup rasa
 
10 btg serai ( dipotong 5-6 inci untuk dijadikan batang satay)
 
1. Bahan A ditumbuk halus, bahan B dicincang. Satukan semua bahan dan gaul rata. Perap selama 1-2 jam.
 
2. Ambil 1-2 sudu makan adunan ayam dan salutkan pada batang serai.
 
3. Panaskan pemanggang ajaib dan titiskan 2-3 titik minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa). Panggang ayam sehingga masak. Hidang bersama sos kegemaran.
 
 
Yang bestnya pemanggang ajaib bukan setakat memanggang saje tapi boleh buat kek jugak tau. tak percaya?? jom tengok nih....
 
 
 
 
 
 Kek pisang hasil dari pemanggang ajaib tuh. Memang ajaib kan...hihihihi
 
Resepi 3 :
 
Sumber : FB Chef and Charity Club with Smile
Resepi asal : Azlinda Abd Kadir
 
 
Bahan-bahan :
 
4 biji pisang sederhana besar - dilecek( saya guna pisang berangan)
3 biji telur sederhana besar (saya guna gred B)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak)
1 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla
secubit garam
 
 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan pisang yang telah dilecek tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sehingga adunan sebati.
5. Masukkan adunan kedalam pemanggang ajaib dan bakar dengan api perlahan selama 20-30 minit.
 
 
Mudah bukan.....selepas ini pasti banyak lagi resepi2 akan saya cuba dengan menggunakan pemanggang ajaib ini. Anda bila lagi?