18 March 2014

PUDING ROTI SOS KASTARD


Seriously...ini kali pertama saya buat puding roti nie ( walaupun orang lain dah lama expert..huhuhuhu). Biasanya saya buat puding versi lain...puding roti macam agar2 tu. Ini gara2 roti terlebih lepas buat ais krim goreng arituh. Saya guna bahagian kerak2 roti yang terbuang tu..Alhamdulillah menjadi kesukaan anak2 rupanya selain mengelakkan pembaziran. iyer lah sayangkan kerak2 roti tu kalau dibuang.  3 kali jugak lah saya ulang membuatnya sbb permintaan yg tinggi dari anak2....hehehehe



versi sebelum dibakar


selepas dibakar


versi yang dah siap...sos kastard bersama fruit koktel..walla!!


ini kali ke-3 saya buat. Ada taburan coklat cip selain kismis dan sos kastad serta sos coklat ( lebihan choc ganache ) memang mengancam giler kombinasi ni tau..x caya cuba you all buat..:))


Sumber : Wandiha

Bahan A :

8 keping roti ( saya agak2 jer )
500ml susu segar
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter cair
2 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kulit kayu manis
2 sudu besar kismis
coklat cip ( saya tambah )


Bahan B ( Sos Kastad )

1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula 

- Campur semua bahan B kedalam periuk. Kacau atas api sederhana hingga agak pekat. Ketepikan


1. Koyak2 kan roti dan susu dalam loyang yang telah disapu butter.
2. Gaul semua bahan B kecuali roti ( saya guna blender) dan tuang keatas roti tadi. Biar 20-30 sehingga susu menyerap sepenuhnya keatas roti. Tabur kismis dan coklat cip.
3. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit. 





No comments:

Post a Comment