28 March 2011

Anniversary Mak & Abah


Kek Brwonies Stim dengan sentuhan kasih & sayang yang didedikasikan khas buat Mak & Abah sempena hari Ulangtahun Perkahwinan mereka yang dsambut hari ini......HAPPY ANNIVERSARY!!!!! Semoga mak & abah dipanjangkan umur serta bahagia bersama hingga keakhirnya.....Amin.


24 March 2011

Chocolate Marble Cup cake

~ choc marble CC ~

Hasil tunjuk ajar chef Zubaidah masa pergi class aritu....x lokek ilmu & banyak resepi beliau yg marvelous!..TQ chef...

BAHAN-BAHAN :

290g butter
180g gula castor
4 biji telur
1 tsp esen vanilla
230g self-raising flour
1 tbsp golden syrup
80g susu cair
30g serbuk koko + 1 tbsp susu cair
1 tsp coklat emulco


1. Pukul butter + gula hingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla n golden syrup.
3. Masukkan tepung diikuti ngan susu cair. Pukul dgn kelajuan low speed.
4. Bahagi adunan kpd 2 bahagian ( lebihkan adunan asal)
5. 1 bahagian warna asal & 1 bahagian lagi, masukkan  coklat emulco kedlm campuran serbuk koko + susu cair td.
6. Masukkan adunan kedalam piping bag. Paipkan adunan kedlm paper cup secara berselang-seli sampai habis.
7. Bakar pd suhu 150'C selama 20' atau hingga masak.

Chilled Oreo Cheese Cake

Saje nak perabihkan biskut oreo yg melambak kt umah ni  (lebih wat coklat aritu..) so try la buat oreo ciskek. Masa dok dalam loyang dah cantik tp bila nak keluarkan, punye la payah....habis terbalik ciskek ku..huhuhu...ni la akibatnya kalo x guna 'springform pan'...so guyz out there, make sure keep one of this baking tools otherwise ur cheese cake will turned out like thissss!!!..Pasni sure I kena grab satu....!!
 Nasib baik anak2 puji sedap...rasa macam kt secret receipe la bu....terubat sikit luka dihati...chewaaah!
Ni la rupa loyang springform tu (Springform Pan).. 

Atas permintaan kengkawan, saya sertakan resepi Chilled Oreo Cheesecake yang saya terjah dari blog brother Rozzan...thanks bro....
Sumber: Smile (FRD)

BAHAN-BAHAN :

200g Oreo crumbs
60g butter ( cairkan )
1 biji lemon (ambil jusnya - saya guna lemon paste )
500g cream cheese
65g butter ( suhu bilik )
100g gula halus
2 s/b gelatin ( omitted - saya x guna gelatin)
300ml whipping cream
100g biskut oreo ( potong 4)

CARA

1. Gaulkan 60g butter bersama 200g oreo crumb tadi dan bubuh dalam loyang lalu tekan hingga mampat. Masukkan kedalam peti sejuk.
2. Pukul whip cream hingga pekat dan ketepikan.
3. Pukul creamcheese bersama 65g butter n gula hingga kembang & putih.
4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatin larut. ( Saya skip step ni coz x guna gelatin)
5. Masukkan whip cream kedlm mixture creamcheese td, bubuh gelatin & biskut oreo. ( saya guna oreo crumbs). Gaul rata.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

23 March 2011

Marble Cheese Brownies

Marble Cheese Brownies....tester kata sedap!! Mana x sedapnye dilapisi ngan creamcheese kt atas tuh....For cheese lover, hok ni mmg favourite nih.....


yummmmm...jgn terliuq udah ler......hihihihi...
Saya menggunakan resepi dari FP NazRinn Chan....saya copy & paste resepi nyer disini untuk anda mencuba....thumbs up to Rinn Chan!!

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Kacang Pool

Kacang Pool..sejenis makanan Arab yg sangat popular di Johor & S'pore....x nak citer panjang tengok aje resepi kt bwh ni....

Bahan-bahan

1 tin kacang phool/Madames Foul
1 mangkuk kecik daging kisar
5 biji bawang merah - kisar
1 biji bawang putih - kisar
1 s/kecil jintan manis - sangai & kisar
1 s/kecil jintan putih - sangai & kisar
1 s/kecil ketumbar - sangai & kisar
1 inci halia - kisar
1/2 tin air
sedikit minyak ( resepi asal menggunakan minyak sapi)
garam & gula

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging, kacau hingga masak.
3. Separuh kacang diramas, separuh lg biar sebijik2.
4. Bila daging kisar dah masak, masukkan sume kacang tadi. Tambah sedikit air & kacau hingga masak
5. Rasakan garam & gula.
6. Hidangkan dengan telo mata, bawang & lada hijau dipotong dadu. Perahkan dengan asam limau....perggghh!!sehingga menjilat jari......opps terlupa plak...sedap dimakan bersam roti perancis tp kalo x de roti biasa pun ok juge....
ni la rupa kacang pool dalam tin tuh.....

Cream Puff

Pernah tengok chef Anna Olson buat cream puff ni kt AFC channel...nampak cam susah tp bila da buat sendiri....ok gak...x lah sesusah mana..bak kata orang x cuba x tau kan!! Adunan nya lembut & ringan...sesuai untuk acara minum petang...jom tengok resepi ( skali lg resepi kidnap dr Myresepi.com)

Bahan-bahan ( 10biji )

100ml air
45 butter (suhu bilik ) potong 1cm
60g tepung gandum (ayak)
2 biji telur

1. Panaskan oven @ 200'C.
2. Alas loyang dgn aluminium foil dan sapukan minyak ke atasnya.
3. Pukul telur ( putih & kuning telur bercampur)
4. Dalam periuk, masukkan air & butter. Masak dengan api sederhana kemudain kuatkan sehingga mendidih. Tutup api.
5. Masukkan tepung & kacau cepat2.
6. Panaskan semula adunan dgn api medium hingga nampak kepingan nipis terbentuk. Padamkan api.
7. Masukkan telur & kacau cepat2. Adunan akan kelihatan x brapa cair tp x brape likat...
8. Masukkan adunan kedlm piping bag. Pipe keatas dulang anggaran diameter 5cm (x perlu accurate sgt!!)
9. Tekan bahagian yg bertanduk agar cream puff nampak cantik.
10. Spray cream puff surface ngan air.
11. Bakar pada suhu 200'C @15'. Pastu turunkan suhu kepada 180'C. Bakar lagi selama 25'. Kalau nk nmpk lebih perang, biar ceam puff kt dlm oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
12. Sejukkan cream puff sebelum diisi custard  filling.

Untuk custard filling, saya guna instant custard jew...lebih mudah.

100g instant custard
200g air sejuk
100g whipping cream

Sume bahan diatas pukul ngan mixer tp jgn terlalu kental. Pipekan kedalm cream puff yg dibelah 2 ( tp x putus)...resepi custard  filling sumbangan Maklang Azie...Selamat Mencuba!



Lebihan adunan cream puff tu saya transform jadi eclairs....hihihi...filling tukar ngan creamcheese....ok gak rasa dia.....

Tiramisu

Dulu selalu tengok kt tv jew....tp bila dah try buat sendiri, emmm..senang aje rupanya! Yang penting bahan-bahannya mesti nak ada ler....baru bole jadik. Memang sesuai dimakan ketika cuaca panas...Kalo sape2 rasa teringin tu bole la cuba resepi kt bawah ni ( dari Myresepi.com tp x ingat la pulak resepi sape..).

Bahan-bahan:

1 biji sponge cake atau apa2 kek ( sy guna vanilla cupcake yg terlebih aritu..)
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus ( bole kurangkan kalo suka)
1 cawan air panas (utk bancuh nescafe)
1 s/besar nescafe
serbuk koko sbg hiasan

1. Bancuh nescafe dgn air panas td. Satukan gula, creamcheese & whipping cream.
2. Pukul adunan td sampai kembang & gebu.
3. Kalau guna kek, potong 3 bahagian & susun dlm bekas.
4. Tuang 1/3 bancuhan nescafe keatas kek.
5. Sapu 1/3 adunan cream+cheese td ke atas kek
6. Susun lagi bahagian selebihnya. Ulang sampai habis adunan. Tutup ngan cling film sejukkan.
7. Hiaskan dgn serbuk koko diatasnya.

Resepi diatas menggunakan loyang/mangkuk kaca, tp my own version, guna gelas koktel jew...Terpulang ikut cara masing2...yang penting SODAPPP!!

Potato Bun

Buat roti lagi...coz aritu x cukup!!Kali ni buat 1kg tepung + kentang....phew....lebih 1/2 jam menguli ngan tangan...betul2 menguji kesabaran....nasib baik jadik...kalo tak...huhuhuhuu....

Roti



First time buat roti nih.......Alhamdulillah menjadik pulak! Buat cuma 1/2 adunan coz takut x jadik tp rupanya x cukup!! Bebudak siap sapu blueberry filling lagi ( lebih buat cistat)...dan yg paling best, en asben pun puji....hehehe....ok la tu....

Puding Batik Marie

Puding Batik Marie...resepi dari MIL & menjadi kegemaran anak2....Check out this receipe:

Bahan:
400g biskut marie
250g marjerin/butter
5 biji telur
1/2 gelas susu pekat
1/2 gelas milo
1/2 gelas serbuk koko
1/2 gelas nestum
1 gelas air
1 gelas gula

1. Gaul butter & gula hingga rata.
2. Masukkan telur pukul lagi hingga kembang.
3. Panaskan koko, susu pekat, air, nestum & milo.
4. Masukkan adunan butter & telur tadi.
5. Kacau hingga pekat & likat.
6. Masukkan biskut marie ( patah 2) & gaul rata.
7. Ratakan dalam bekas/loyang & sejukkan.

22 March 2011

Red Velvet Cake

Red Velvet Cake....kek yang terhangat dipasaran...nama yang semewah rasanya....ditambah pulak dengan cream cheese frosting.....taste like heaven!! saja x apply abis topping tu coz nak tunjukkan kemewahan warnanya.....hihihih...
Atas permintaan kawan-kawan, saya sertakan resepi disini.. First resepi saya dpt dari Pinchmysalt.com n it was written in english....so check out this receipe...

Ingredient A

2 1/2 cup cake flour
1 tsp baking powder
1 tsp salt ( I omit this )

Ingredient B

2 oz red coloring ( approx: 2 tbsp)
2 tbsp cocoa powder

Ingredient C

1/2 cup unsalted ( I'm using salted butter eg: buttercup/butterlite)
1 1/2 cup sugar ( can be reduce )
2 eggs
1 tsp vanilla essence
1 cup buttermilk ( 240ml full-cream milk + 1 tsp vinegar) put aside 10'

Ingredient C

1 tsp vinegar
1 tsp baking soda

1. Preheat oven @175'C.
2. Butter n flour the 9" round cake tin.
3. Sift all ingredient A & put aside.
4. In small bowl, mix red color + cocoa powder to form a thin paste w/o lump - set aside.
5. In large bowl, using mixer, beat butter + sugar till light & fluffy about 3'.
6. Beat eggs, add vanilla & red cocoa paste. Scrapping down using spatula.
7. Add in 1/3 ingredient A to the butter mixer and beat well.
8. Add 1/2 of buttermilk.
9. Beat in another 3rd flour mix & half of buttermilk. Repeat untill completely done. Beat until well combined. Make sure to scraping down with spatula.
10. In a small bowl, mix the ingredient D - vinegar+baking soda. Once fizz, add in to the cake batter & stir well.
11. Bake for 25-30 or till cooked.


**CREAMCHEESE FROSTING**

16oz creamcheese ( 2 blocks )- softened
1/2 cup butter
1 tsp vanilla essence
2 1/2 cup icing sugar (sifted)

1. Using mixer, cream the cheese+butter till smooth.
2. Turn to low-speed, add in sugar + vanilla essence.
3. Turn ti high-speed, beat until light & fluffy.

Agak2 leh faham x? Kalo x brape paham meh tengok pulak resepi yg saya tibai dari blog Maklang azie ( sori maklang, bahasa agak kasar...hihihi).
(Sumber : Batriesya)

BAHAN A

250 tepung kek
1 st baking powder
1/2 st garam
2 sb serbuk koko
- sume bahan diatas diayak bersama. Ketepikan.

BAHAN B

240ml buttermilk ( 240ml susu UHT full cream + 1 st cuka - biar 10')
2 sb pewarna merah

BAHAN C

300g gula castor ( boleh dikurangkan jika suka)
113g butter
2 biji telo size A ( saya guna gred B)
1 st esen vanila

BAHAN D

1 st cuka
1 st baking soda


1. Panaskan oven ( suhu mcm kt atas tuh)
2. Pukul butter 2'. Masukkan gula & pukul lg 3'.
3. Masuk telo sebiji2. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan bahan A & bahan B secara berselang-seli.
   ( mula dgn tepung, akhiri ngan tepung)
5. Dlm bekas lain, masukkan bahan D. Habis je buih terus masuk kedlm adunan kek td.
6. Bakar @175'C selama 30' atau hingga kek masak.


CREAMCHEESE FROSTING

2 buku creamcheese ( lembutkan pada suhu bilik)
1/2 cwn butter
2 st esen vanila
2 cwn gula icing

1. Pukul butter & creamcheese hingga halus & gebu.
2. Perlahankan mixer, tambah gula icing & esen vanilla. Pukul sebati.

~ Selamat Mencuba ~

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Cotton Soft Japanese Cheese Cake...panjang sungguh nama kek ni tapi berbaloi dengan rasanya....sedap sangat!! Tekstur kek yang ringan & lembut  dan rasa cheese yang tak terlalu memuakkan....mmg sesuai sangat dengan nama nya....It's goes well  with a cup of coffee!!

Rupa kek selepas dipotong....

Resepi dari Alma @ Myresepi...thanks Alma! so guyz let's check out this receipe....

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

My mom's Birthday

Marble Cheese Cake...Specially dedicated to my mom, Pn Rokiah....birthday dah lama lepas (5/12/2010) tapi saja nak dok tayang kt sini....hihihihi.....masa ni belum expert nak deco kek!La ni pun masih dok blaja lagi cara2 nak mendeko.....huhuhu

Steamed Brownies - Order by Nisa

1 biji steamed brownies tempahan dari Nisa yang banyak bagi sokongan sebelum ni...TQVM Nisa....selalu order cistat kali ni tergoda lak dengan stim brownies ku ini...hehehehe...Nasib baik Nisa sempat makan brownies sebelum labour.....Congratulations Nisa on your baby boy....

Stim Brownies with cheese layered

A slice of steamed brownies....dilapisi creamcheese ditengah & coklat ganache diatasnya....pasti terliur kan!!! By right brownies should be square in shape tp saya buat guna loyang bulat n potong plak mcm slice of cake..!!hihihi...next time try guna loyang 4 segi pulak! Percubaan pertama menggunakan resepi Maklang Azie...hasilnya sungguh x mengecewakan! kredit to Maklang Azie...kak Azie, mohon C&P resepi nyer yer...maleh nk taip sebijik2....heehehe...
Sumber : Hana

Bahan-bahan
• *500g campuran brownies kukus (beli kat kedai bakery)
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat

• **inti cream cheese**
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air

Cara-cara
1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. utk inti - campur semua bahan dan pukul sampai kembang
3. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..

Bread Marble Pudding

Bread Marble Pudding...sekadar mencuba tapi berbaloi sangat2 coz anak teramat suka....the next day, buat lagi untuk kali kedua...

~ Resepi Hana @ myresepi.com ~

Bahan-bahan:

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gm serbuk agar2
1/2 cawan gula ( bole kurangkan )
2 s/besar butter/marjerin  - cairkan
3 1/2 cawan air

1. Didihkan air, serbuk agar2 n gula kedlm periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat n susu cair. masukkan kedlm periuk agar2 td.
3. Masukkan butter & kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Tuang dlm loyang & sejukkan.

Versi saya, bahagi adunan kepd 2 bhgian - 1 koko & 1 bhgn plain. Tuang dlm loyang secara berselang-seli hingga abis. Saya guna coklat emulco - bole ganti serbuk koko, milo atau  apa2 saje ikut selera memasing....

fruit tart - order by Asma

~ 200 pcs fruit tartlet ~
Ordered by Asma on 10/3/2011....TQ

Tempahan Doorgift Oreo

~ 200 pcs oreo in gold base box ~
Doorgift tempahan dari Awie sempena perkahwinan beliau pada 20/3/2011....Selamat Pengantin Baru!

Tempahan Doorgift Praline

~ 150 packs of 2pc praline in sushi pack ~
Doorgift untuk majlis perkahwinan adik ipar...

Tempahan coklat praline & lolichoc

~ 8 boxes of 6 cavity praline + 20pcs lolichoc ~

Another order from Azizah on 3/3/2011....TQ for your continuos support!

Tempahan coklat praline

~ 15 pcs praline with alphabet choc ~

Ordered by Azizah on 15/2/2011....TQ

Tempahan coklat praline

~ 10 boxes of 6 cavity praline ~

Repeat order from Azizah on 25/2/2011..TQ

Tempahan coklat Oreo

~ 10 pcs oreo ~

Tempahan dari rakan sekelas Amirah pada 11/1/2011...so buatkan yang simple saja....x yah deko2!!

Tempahan Khas - Engagement

~ Coklat Rectangular Box with 15pcs praline + 30pcs heart-shape praline ~

Set hantaran sempena pertunangan Awie & Hanim...

Tempahan coklat praline

~ 15 cavity praline + 6 pcs fondant CC ~

Tempahan dari Mak untuk neighbour yg sambut Christmas pada 25/12/2010 aritu...

Tempahan coklat praline

~ 30 boxes of 6 cavity praline ~

Ordered by Azizah on 16/11/2010...TQVM for your support!

Tempahan Coklat Oreo

~ 49 pcs Oreo Ben 10 ~

Tempahan dari Su pada 23/11/2010....mulanya Su order 40 biji  pastu last minute mintak tambah 10 biji lagi tp stok cuma ada 9 biji.....so kurang la 1 biji....minta maaf ye Su!..

Tempahan Coklat Oreo

~ 10 pcs Oreo Ben10 & Barbie ~

Tempahan dari rakan sekolah, Fazidah pada 21/11/2010....TQ.

Tempahan Doorgift praline

~ 100 packs of 2 pc praline in sushi pack ~

Tempahan dari Kak Zila, Banting untuk majlis khatam Quran pada 26/10/2010....T.Kasih.

Tempahan Lolichoc

~ 70 pcs lolichoc ~

Tempahan dari staff LHDN pada 16/11/2010....TQVM.

Tempahan coklat praline

~ 18 cav prlaine with gift box ~

Tempahan pertama diterima dari member lama, Linda...khas buat suami tersayang, Coklat dengan filling strawberry....Happy Anniversary!
~ 12 cav praline with fancy soft box ~

Juga tempahan dari Linda on 28/10/2010....a birthday gift to her lovely daughter....

Doorgift praline in sushi pack

2pcs praline in sushi pack with ribbon...

Doorgift Oreo

~ Oreo with golden base box ~


~ Oreo with plastic wrapper ~

Contoh oreo chocolate packaging....

Coklat Hantaran



35 cavity praline with soft box


Tempahan coklat praline

12 cavity praline with soft box

Coklat Oreo

~ Coklat Oreo with edible image ~



~ Coklat Oreo ~

Oreo that full covered with chocolate and it's so yummy & kids favourite too..!!!.

Coklat Rectangular Box

~ Coklat Rectangular Box + 15pcs praline ~

The whole box is chocolate..!!!!...kotak coklat yang boleh dimakan....

Lolichoc

~ lolichoc daisy ~

~ Daisy & Heart shape ~

~ loli edible image & Gardening theme ~


~ Fruits ~